Huraikan ciri kepimpinan Dan sumbangan khalifah sultan Muhammad Al Fateh pada zaman kerajaan turki uthmaniyah

pendahuluan

  • Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid. Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah bandar bersempadankan Turki-Bulgaria
  • Beliau dikenali dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople
  • Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta seawal usia 19 tahun menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Beliau telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun (1451-1481).
  • Sultan Muhammad al-Fateh merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25 siri peperangan. Beliau meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahu

Pemimpinnyang warak dan bertoleransi

  • Sultan Muhammad al-Fateh mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulama’ terkenal pada zamannya seperti Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-Kurani.
  • Kumpulan ulama’ ini banyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan beliau tentang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan bertoleransi.
  • Ketika zaman kanak-kanak beliau mempelajari ilmu al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan.
  • Beliau seorang pemuda yang warak. Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.

Menakluk kota Konstantinople

  • Sejak kecil, Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya untuk menawan kota Constantinople. Sepanjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan kota Costantinople secara terperinci pada setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut.
  • Beliau turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
  • Beliau telah membuat persiapan untuk menawan kota Constantinople dengan menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih. Angkatan tenteranya disertai kira-kira 265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut.
  • Beliau juga mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.

Membuka laluan penaklukan ke Eropah/Balkan

  • Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang lapan kilometer dari kota Constantinople. Benteng ini dapat mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.
  • Beliau juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
  • Dalam usaha untuk menawan kota Constantinople, baginda membawa bersama batalionnya dengan para ulama’ dan pakar motivasi ke medan perarig bagi membakar, semangat jihad tenteranya terutamanya semasa mereka menghampiri dinding kubu kota tersebut.

Mendirikan masjid-masjid

  • Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang Islam. Pada hari ini, gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia. Bangunan masjid diubahsuai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah.
  • Di luar masjid pula dibina sebuah menara. Pada zaman sultan berikutnya, bilangan menara meningkat kepada tiga buah.
  • Beliau juga membina sebuah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyub al-Ansarri.
  • Di tepi masjid ini dibina sebuah kubah yang berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf.

Menyatukan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah


  • Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan menyekat serangan kaum Magyar.
  • Bagi merealisasikannya, beliau terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia. Namun, usaha mendapatkan wilayah tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih berundur seketika.
  • Walau bagaimanapun, ekoran perebutan takhta yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhinya beliau berjaya.
  • Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat menjatuhkan baginda.
  • Kesan daripada kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.

Kesimpulan

  • Keperibadian dan akhlak Sultan Muhammad al-Fateh merupakan keperibadian Islam yang unggul.
  • Baginda merupakan seorang yang begitu warak dan sempurna dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim serta cintakan Islam.
  • Beliau mempunyai perancangan rapi dan strategi yang tersusun serta bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan bagi merealisasikan dan mencapai matlamatnya.