-Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha,bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum
-Tumpuan adalah kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal.
-Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai.
-Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh.
-Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya.
-Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang- peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti