Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KETIDAKSTABILAN EMOSI - Coggle Diagram
KETIDAKSTABILAN EMOSI
KEPENTINGAN MENGURUS KETIDAKSTABILAN EMOSI
Merasa Gembira
Penting supaya remaja sentiasa gembira
Perasaan gembira akan membuatkan remaja rasa tenang dan fikiran menjadi stabil
Penyatuan Masyarakat
Emosi yang stabil akan melahirkan empati, kerjasama, bertolak ansur dan memaafkan. Perasaan ini akan mengeratkan hubungan dalam masyarakat
Emosi yang stabil akan melahirkan masyarakat yang positif
Membuat Keputusan
Penting dalam membuat keputusan
Apabila emosi tidak stabil, remaja tidak dapat berfikir secara rasional dan tidak berupaya membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah
Badan dan Minda Sihat
Emosi yang stabil akan membantu remaja untuk mengamalkan hidup yang sihat seperti bersenam, tidur yang cukup dan diet yang betul
Senaman dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan stres menerusi penghasilan hormon endorfin
Berkomunikasi
Emosi yang stabil membantu kita berkomunikasi secara rasional
Berkomunikasi dalam kalangan ahli keluarga dan rakan dapat mengurangkan tekanan sekali gus menyihatkan dan menstabilkan emosi
KEMAHIRAN MENGURUS KETIDAKSTABILAN EMOSI
Bersikap Empati
Dapat menjadikan seseorang individu lebih peka akan perasaan orang lain. Remaja yang empati dapat mengurangkan tekanan emosi orang lain.
Berkomunikasi Secara Berkesan
Komunikasi antara dua hala penting agar remaja dapat menceritakan masalah yang dihadapi terutamanya kepada ibu bapa, kaunselor dan rakan rapat yang dipercayai. Ibu bapa dapat mengetahui masalah anak mereka dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik
Mengakui Kesalahan Diri
Suatu tindakan yang penting supaya kesalahan dapat dimaafkan dan perasaan menjadi lebih tenang.
Menjauhi sikap agresif
Membuat remaja tidak dapat berfikir secara rasional terutamanya apabila sedang marah. Berupaya mengawalkan emosi ketika marah akan dapat menenangkan diri dan berfikir secar rasional.
Aktiviti Kerohanian
Mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan dapat membuat hati menjadi tenang.
SITUASI YANG MEMPENGARUHI KETIDAKSTABILAN EMOSI
Perpecahan dalam Keluarga
Apabila berlaku penceraian, anak-anak akan tertekan kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan adik-adik. :
Keadaan ini akan menyebabkan ketidakstabilan emosi yang menyebabkan berlakunya kes lari dari rumah, terlibat dalam gejala sosial seperti penagihan dadah dan masalah sosial yang lain.
Keluarga yang tidak hermoni akan menyebabkan kestabilan emosi anak-anak terganggu.
Masalah dalam Persahabatan
Pergaduhan atau perselisihan faham dengan rakan sebaya yang tidak ditangani dengan baik dan bertoleransi boleh menyebabkan berlakunya ketidakstabilan emosi.
Perbuatan mengejek dan menghina keadaan fizikal rakan antara perkara yang mengundang kepada perselisihan faham dan pergaduhan. :
Kegagalan dalam Peperiksaan
Stres/ tekanan semasa belajar dan bekerja merupakan salah satu tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami jika kehendaknya tidak dapat dipenuhi.
Kegagalan dalam peperiksaan akan menyebabkan murid berada dalam keadaan stres/ tertekan. Tambahan pula, tekanan daripada ibu bapa yang mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang.
Stres dan tekanan yang berterusan boleh menjejaskan waktu tidur, hilang selera makan dan mengelakkan diri daripada aktiviti sosial.
JENIS KETIDAKSTABILAN EMOSI
Emosi Positif
gembira
riang
Emosi Negatif
sedih
kecewa