Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI DI SEKOLAH - Coggle Diagram
INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI DI SEKOLAH
MATLAMAT
meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT
memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT
memperluas kurikulum berasaskan ICT
menekankan pengintegrasian ICT dalam PdP
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM
meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan
meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT
meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT
meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam
membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan
PENGENALAN
Penggunaan ICT iaitu dengan adanya kemudahan infrastruktur teknologi seperti komputer di sekolah mampu berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.
Dengan adanya kemudahan teknologi ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ia boleh dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa serta boleh meneroka dengan lebih banyak maklumat lagi dengan pelbagai sumber rujukan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlulah wujud insiatif menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan.
Infrastruktur berteraskan teknlogi meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, dan berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berdasarkan kadar kebolehan pelajar.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting yang membantu pencapaian matlamat Pembangunan Pendidikan 2001–2010.
3 DASAR ICT DALAM PENDIDIKAN
Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM.
Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Akses kepada kemudahan ICT di sekolah rendah dan menengah masih rendah. Sehingga tahun 2000, perkakasan komputer hanya dibekalkan kepada 257 buah sekolah rendah dan 379 buah sekolah menengah (tidak termasuk Sekolah Bestari dan sekolah dalam Projek Pengkomputeran). Kebanyakan sekolah yang menerima bekalan komputer terletak di kawasan luar bandar serta mempunyai bekalan elektrik dan talian telefon. Kemudahan ICT juga akan diperluas ke sekolah rendah dan menengah pendidikan khas.
Akses dan Ekuiti kepada Kemudahan ICT
STATUS SEMASA
Pembangunan Infrastruktur ICT
Pada tahun 1994, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor. Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pada tahun 1996, penyediaan infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (Local Area Network-LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendah komputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan. Antara tahun 1999 hingga 2000, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanyak 10 set komputer bagi setiap buah sekolah.
Pada awal tahun 1990-an, KPM telah melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT dan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur ICT. Pada tahun 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar telah dibekalkan dengan 20 set komputer untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah.
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah membekalkan peralatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses P&P. KPM juga menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV telah dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit.