Huraikan etika peperangan sebelum, semasa Dan selepas peperangan yang dianjurkan dalam Islam
2. Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya.
3. Mentaati arahan pemimpin atau ketua.
1. Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu.
PENDAHULUAN
KESIMPULAN
Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam dikehendaki mematuhi etika peperangan yang ditetapkan sama ada situasi sebelum, semasa atau selepas peperangan.
umat Islam amat mengutamakan keamanan dan keselamatan sejagat. Oleh itu, misi peperangan dalam Islam tidak sewenang-wenangnya menghancurkan dan memusnahkan pihak musuh, malah kehidupan lain dan persekitarannya juga diambil kira.
Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran berlaku antara umat Islam dan Musyrikin Makkah.
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu.
Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi.
Hal ini bertujuan untuk memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif.
Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud pada tahun 3H berlaku akibat tentera Islam tidak akur dengan arahan
Merupakan salah satu etika yang amat penting ketika peperangan berlaku.
4. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati.
Namun, Rasulullah SAW menerimanya kerana mempunyai misi tersendiri dan berpandangan jauh.
Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai pembukaan Kota Makkah pada tahun 8H.
ketika Perjanjian Hudaibiyah dibuat, syarat-syarat dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam dan berat sebelah.
5. Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah SAW meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh.
Rasulullah SAW tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.
Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.
Cara ini juga merupakan strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera Islam ketika di medan perang.
Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi.