Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan jenis-jenis Dan tujuan jihad dalam Islam - Coggle Diagram
Huraikan jenis-jenis Dan tujuan jihad dalam Islam
pendahuluan
•Perkataan jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci
Dari segi bahasa, bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai suatu cita-cita, iaitu menegakkan syiar Islam.Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad.
Menurut Abu a’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan.Tetapi,satu perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam
Jihad memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera Islam pada zaman awal kebangkitan Islam
• Sesuai dengan maksud Islam yang bererti kesejahteraan, Islam tidak menggalakkan peperangan.Namun peperangan dibenarkan untuk menyelamatkan manusia daripada jurang kekafiran
Jenis-jenis jihad
Jihad nyawa dan tenaga
• Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk agama Islam.
• Jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan mereka yang terkorban dianggap mati syahid.
Contohnya,Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di Perang Uhud
. Jihad akal fikiran
• Sumbangan buah fikiran dan idea yang bernas serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT
• Sebagai contoh, Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang beliau juga menyumbangkan idea dalam pembinaan parit dalam Perang Khandak
Jihad harta
Bagi golongan kaya, mereka boleh berjihad dengan menyumbang dalam bentuk kewangan bagi menyokong golongan yang berada di medan perang
• Sebagai contoh,Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan hartanya dengan perjuangan menegakkan syiar Islam.
• Pengorbanan harta dan wang juga termasuk dalam jihad fisabilillah
Jihad menuntut ilmu
Selain berjihad di medan perang,umat Islam jua disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan
Bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.
• Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan dan kejuruteraan
Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajarinya
Tujuan jihad dalam Islam
Menjaga kesucian agama Islam
• Dapat dilihat dengan ketara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq membentuk 11 pasukan tentera bagi menggempur golongan al-Riddah yang merosakkan kesucian agama Islam yang mengaku menjadi nabi,enggan membayar zakat dan mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam(murtad).
Menjaga keselamatan Negara Islam
• Tentera Islam digerakkan atau dibentuk sebaik sahaja ada ancaman
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,baginda sendiri terpaksa membentuk tentera tatkala menghadapi ancaman Quraisy yang mencetuskan Perang Badar,Perang Uhud dan Perang Ahzab.
• Hal yang sama dilakukan apabila Rom mengancam di sempadan Ghassan,tentera Islam digerakkan sehingga mencetuskan Perang Mu’tah dan Perang Tabuk.
Menjaga maruah umat Islam
• Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,apabila maruah seorang wanita Islam dihina oleh Yahudi Bani Qainuqa’,tentera Islam dihantar dan bertindak mengepung perkampungan mereka seterusnya menyebabkan Yahudi berkenaan diusir dari bumi Madinah.
Menghapuskan kezaliman.
• Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, penduduk Mesir (kaum Qibti) memohon bantuan agar tentera Islam membebaskan Mesir daripada kezaliman Rom, lalu Khalifah Umar menghantar tentera yang dipimpin oleh Amru bin al-As yang membawa kepada pertapakan Islam sepenuhnya di bumi Mesir.
Kesimpulan
• Jihad merupakan elemen terpenting yang diterapkan dalam perjuangan setiap individu Muslim khususnya di medan perang.
Umat Islam akan berjihad di medan perang sekiranya agama, negara dan maruah diri diancam oleh musuh.
• Namun, umat Islam dilarang bertindak sewenang-wenangnya.Nabi Muhammad s.a.w telah menggariskan tatacara peperangan yang merangkumi aspek sebelum, semasa dan selepas peperangan.