Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM EKONOMI KAPITALIS/ PASARAN BEBAS - Coggle Diagram
SISTEM EKONOMI KAPITALIS/ PASARAN BEBAS
Sistem pemilikan
Individu bebas memiliki dan menggunakan sumber
ekonomi
Sitem membuat keputusan/ peruntukan sumber
Pengguna dan pengeluar bebas membuat keputusan
ekonomi
Peruntukkan sumber ditentukan oleh mekanisme harga
iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran
Agihan pendapatan
Ditentukan berdasarkan jumlah faktor pengeluarang dimiliki. Semakin banyak faktor dimiliki, semakin banyak pendapatan diperoleh
Keadaan in menyebabkan agihan pendapatan tidak setara
Insentif/ matlamat
Individu bebas memperoleh dan mencari kekayaan dan pengeluar bebas bersaing untuk mendapatkan keuntungan maksimum
Terdapat pelbagai insentif untuk meningkatkan
daya saing
Cara sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas
Apa dan berapa
Diselesaikan melalui mekanisme harga
Pengguna mempunyai kuasa dalam menentukan jenis dan
kuantiti barang yang dikeluarkan
Bagaimana
Bergantung kepada teknik pengeluaran yang
dapat meminimumkan kos pengeluaran bagi memaksimumkan keuntungan
Siapa
Bergantung kepada kemampuan membeli / kuasa beli / kesanggupan membayar /
corak agihan pendapatan
Kebaikan
Mementingkan kebajikan individu
Kebajikan negara berada di tahap tinggi kerana individu beruasaha untuk memaksimumkan kepuasan masing-masing
Menggalakan persaingan
Persaingan yang sihat dikalangan pengeluar dapat meningkatkan kecekapan dan
kebajikan pengguna
Menggalakkan perkembangan teknologi dan penciptaan baharu
Persaingan akan meningkatkan teknologi dan reka cipta baru di pasaran
Kos pengeluaran akan berkurangan, kualiti barang meningkat dan proses
pengeluaran dapat di percepatkan
Kelemahan
Kegagalan mengeluarkan barang awam
Barang awam tidak menguntungkan
Ketidakstabilan ekonomi
Harga barang cenderung turun naik akibat kebebasan pengeluar membuat keputusan
ekonomi dan tiada campurtangan kerajaan
Ketidakstabilan harga mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
Ketidakadilan agihan pendapatan
Kebebasan memiliki sumber-sumber pengeluaran menyebabkan jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin semakin besar
Mewujudkan monopoli dalam pasaran
Persaingan bebas antara pengeluar akan mengwujudkan monopoli dalam pasaran
Kewujudan monopoli dalam pasaran menyebabkan harga yang tinggi dan kuantiti barang yang sedikit di pasaran
Kewujudan kesan luaran (eksternaliti) negatif
Objektif untuk memaksimumkan keuntungan menyebabkan pengeluar mengabaikan
tanggungjawab sosial