Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-ciri Masyarakat Industri di England - Coggle Diagram
Ciri-ciri Masyarakat Industri di England
Kemajuan Sains dan Teknologi
Masyarakat industri di England mempunyai pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi untuk mendahului negara-negara lain dalam perindustrian. Beberapa rekaan dan ciptaan ditemui. Para pencipta diberikan hak paten untuk hasil ciptaan mereka.
Selain itu, antara pencapaian teknologi terawal ialah penghasilan tenaga wap melalui pembakaran arang batu. Thomas New Comen mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.Enjin ini digunakan dalam perusahaan melombong arang batu.
.James Watt juga telah memperbaiki enjin rekaan Thomas Newcomen.Enjin ciptaan beliau digunakan di England dan juga dieksport.
Kegiatan Ekonomi
Masyarakat industri di England menjalankan kegiatan ekonomi yang member tumpuan kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran. Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada sektor perindustrian dan perlombongan.
Mereka memberi tumpuan kepada perusahaan tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England.Kilang kapas pertama didirikan pada tahun 1790.
Selain itu, masyarakat industri juga menjalankan aktiviti ekonomi dalam sektor perlombongan. England menjadi pengeluar bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi.Bekalan ini dari wilayah New Castle dan Wales. England muncul sebagai pengeluar keluli terbesar dunia. Pada tahun 1860 England mengeluarkan 80 juta tan metric arang batu dan 225000 tan metrik keluli.
Pengkhususan Pekerjaan
Masyarakat industri England juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tersendiri. Masyarakat tertumpu dalam sektor pekerjaan perkilangan dan mempunyai pekerjaan yang tetap.Penggunaan mesin juga telah digunakan secara meluas.
Oleh yang demikian, pekerja yang mempunyai kemahiran khusus dalam menghasilkan sesuatu barangan amat diperlukan dalam kelompok masyarakat ini. Pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja khusus bagi menghasilkan sesuatu barangan.
Secara tidak langsung, pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran.Penggunaan mesin menyemai benih oleh Jethro tull dalam pertanian telah membolehkan proses pembajakan berjalan lancar dan telah menambahkan hasil pengeluaran bahan mentah untuk perindustrian.
Kemunculan Kelas
Ciri masyarakat industri seterusnya ialah kemunculan dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang,tuan tanah dan pengusaha lombong.Kelas pekerja pula ialah buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil,kilang kimia dan kejuruteraan elektrik.
Golongan pekerja ini amat bergantung kepada golongan kapitalis.Pada peringkat awal,proses perindustrian membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang.
Namun, selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran muncul golongan professional. Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat.
Mobiliti Sosial
Mobiliti sosial juga telah berlaku dalam masyarakat industri. Kumpulan masyarakat ini telah berubah dengan wujudnya kelas pekerja baru yang ramai serta mempunyai kepentingan masing-masing.
Ini kerana taraf hidup golongan pekerja telah meningkat.Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi.Ini meletakkan asas bagi kemunculan golongan kelas menengah dalam masyarakat.
Golongan kelas menengah terdiri daripada golongan yang memiliki kilang,para peniaga,peguam dan jurutera.Golongan ini berkeinginan dan bersedia menerima risiko untuk mendapatkan kekayaan.
Masyarakat Urban atau Berlaku Urbanisasi
Ciri seterusnya ialah perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.Masyarakat industri merupakan masyarakat urban yang tinggal di bandar-bandar perindustrian.
Ini kerana, proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar secara pesat. Para imigran ini bekerja di kilang atau sebagai pengusaha industri.Misalnya berlaku penghijrahan penduduk Ireland ke bandar-bandar besar di England.
Menjelang tahun 1851 bandar-bandar seperti Lancashire,Yorkshire dan Nottinghamshire menjadi tumpuan penduduk.Perkembangan ini membawa kepada proses urbanisasi.
Masyrakat Literasi
Ciri masyarakat industri seterusnya ialah sebuah masyarakat literasi. Mereka terdiri daripada kelompok masyarakat yang memiliki ilmu dalam bidang pendidikan.
Ini kerana, kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah,pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan.
Oleh itu, masyarakat ini mula terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dan memperjuangkan kepentingan mereka melalui politik.Perjuangan mereka adalah melalui parlimen dan sebanyak 61 wakil kelas menengah berada di Parlimen pada pertengahan abad 18.
Kesimpulan
Kemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian yang rapat dengan Revolusi Perindustrian Masyarakat industri mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza dengan masyarakat agraria.