Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND - Coggle Diagram
FAKTOR FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND
Faktor pertambahan penduduk
menyebabkan bekalan tenaga buruh di England bertambah dan mencukupi.
oleh itu, pasaran bagi barangan keluaran kilang perindustrian meningkat. peningkatan penduduk di tanah jajahan menyediakan pasaran yang luas bagi barangan yang dikeluarkan oleh kilang di England.
Faktor kekayaan bahan mentah
Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi di England.England muncul sebagai pengeluar terbesar keluli dan mendahului Negara-negara lain dalam pengeluaran arang batu.
Penguasaan tanah-tanah jajahan di asia dan afrika juga turut menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk kilang-kilang perindustrian di England.
Perkembangan merkantilisme
di England
juga turut menyumbang kepada peningkatan dalam revolusi perindustrian. perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk mempelopori revolusi perindustrian.
sistem merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja menerusi dasar apprentice.dasar ini juga menyediakan ramai tenaga buruh mahir yang terlatih dan mudah diserapkan dalam mana-mana industri.
Faktor revolusi pertanian
Revolusi pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. peninkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran tanah yang diperkenalkan semasa revolusi pertanian.
Perkembangan ini menyebabkan bekalan makanan bagi penduduk semakin mencukupi.hal ini menyebabkan England tidak perlu mengimport makanan dari luar Negara.dana lebihan hasil pertanian dilaburkan dalam bidang perindustrian.
Faktor keadaan iklim
Di England turut membantu perkembangan dalam bidang perindustrian. selain itu, perkembangan perusahaan kapas di Lancashire di sebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England. iklim lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas.
Anak-anak sungai di sekeliling Yorkshire menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk membasuh , meluntur, dan mencelup bulu yang digunakan dalam industri tekstil.
Faktor kelemahan negara negara lain
Negara Jerman dan perancis.negara Jerman tidak dapat bersaing dengan England dalam sector perindustrian adalah kerana kongkongan adat, kemajuan ekonomi yang tidak menyeluruh, cukai tinggi, dan sekatan yang dikenakan terhadap bidang perindustrian.
Negara perancis ketinggalan dalam bidang perindustrian adalah kerana penekanan dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang bersifat autokrasi, percubaan kerajaan untuk mengawal industri, dan cukai yang tinggi dikenakan terhap pengusaha industri.perkembangan ini memudahkan England menguasai perindustrian.
Faktor kemajuan sains dan teknologi
perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebebkan beberapa rekaan dan ciptaan ditemui.
penciptaan mesin baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England.
para pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan mereka bagi orang lain meniru hasil sesuatu ciptaan.perkembangan ini menggalakkan orang ramai untuk mencipta mesin baharu bagi kegunaan perindustrian.