Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM - Coggle Diagram
FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM
FAKTOR MURID, KEHENDAK, DAN KEPERLUAN MASYARAKAT
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh.
Faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum.
Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja supaya keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan dan dilaksanakan di sekolah dengan berkesan.
Pelajar mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasayarakat dan kehendak penyempurnaan sendiri.
FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA
Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang dari masa ke semasa.
Pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan.
Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang dan disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Faktor Politik
Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut
menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum"
Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik
Setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah
kurikulum pendidikan akan dikaji semula
Kerajaan bertanggungjawab
menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah
Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan
KEHENDAK MASYARAKAT
Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat
Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak
mereka
Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak
masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana
KBSR telah digubal
menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan.
menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam
dapat bergaul dalam masyarakat
mengembangkan bakat dan daya kepimpinan
menguasai kemahiran mengira
menguasai Bahasa Inggeris
membina dan memupuk akhlak yang mulia
FALSAFAH PENDIDIKAN
Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem
pendidikan di sesebuah negara
KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Perubahan yang dapat dilihat adalah:-
penggubalan sukatan pelajaran menekankan aspek kesepaduan dan keseimbangan.
setiap mata pelajaran akan mempunyai enyerapan nilai-nilai murni.
Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu
Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.
Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.
Faktor Pembangunan Negara & Perkembangan Dunia
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and
the institutions of our society, but man itself "
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa
perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini
Kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia
Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang
berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)
Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi
Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik