Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK - Coggle…
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan
Mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum.
Contoh :pencil2: KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara
Kehendak masyarakat
Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat.
Menentukan samada kurikulum itu sesuai ataupun tidak dengan kehendak mereka
Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari
kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira
konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi
teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.
Faktor politik
Perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.
Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi.
Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini.
Faktor perubahan sosial
perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai
murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan.
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
Pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum
Perancang kurikulum
bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa
Faktor murid, kehendak, dan keperluan masyarakat
Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi.
kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial
Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri.
Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang
Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Pengaruh psikologi pendidikan
Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60’an.