Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERSEKITARAN DAN KEBERSIHAN BILIK DARJAH :smiley: - Coggle Diagram
PERSEKITARAN DAN KEBERSIHAN BILIK DARJAH
:smiley:
Masalah persekitaran dan kebersihan di dalam bilik darjah
:warning:
Masalah pembuangan sampah sarap dalam kalangan murid-murid
Murid-murid tidak mempraktikkan amalan membuang sampah di dalam tong sampah. Mereka memikirkan bahawa kelas yang bersepah tidak memberikan kesan yang buruk terhadap pembelajaran mereka.
Kesannya, mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat gangguan dari segi bau ataupun serangga seperti lalat dan nyamuk.
Satu model pengurusan masalah disiplin bagi mengatasi masalah persekitaran dan kebersihan di dalam bilik darjah
:explode:
Model Akibat Logikal Dreikurs
Beri kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid untuk bersama-sama menjaga disiplin bilik darjah
Murid diberi autonomi untuk membincangkan salah laku dan kuatkuasakan peraturan
Contoh: Murid berbincang sesama mereka bahawa tindakan membuang sampah di merata tempat merupakan tindakan negatif. Mereka menguatkuasakan peraturan dengan memberikan akibat logikal seperti individu yang membuang sampah selain di dalam tong sampah akan dikenakan denda sebanyak 0.50 sen bagi satu sampah
Satu teknik modifikasi tingkah laku bagi menyelesaikan masalah persekitaran serta kebersihan di dalam bilik darjah
:star:
Peneguhan positif
Ganjaran untuk mendorong murid-murid memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya
Contoh: Murid yang sentiasa membuang sampah di dalam tong sampah akan diberi hadiah yang bernilai 1 Ringgit sehingga masalah membuang sampah dapat diatasi.
Cara ini akan menggalakkan murid untuk sentiasa berdisiplin dengan membuang sampah di dalam tong sampah untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh guru
Peranan guru dalam mewujudkan
persekitaran serta kebersihan bilik darjah yang kondusif
:<3:
1. Guru mengurus disiplin bilik darjah
Guru membuat pemerhatian ke atas setiap tingkah laku murid sama ada masih mengamalkan sikap membuang sampah merata-rata atau sebaliknya
2. Guru mengurus rutin bilik darjah
Guru menentukan murid yang bertugas pada hari tertentu untuk memastikan kelas sentiasa bersih dan kemas terutama bahagian tong sampah agar sampah sentiasa dibuang di dalam tong sampah