Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND - Coggle Diagram
MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND
PENGENALAN
masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian, terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan menggunakan mesin
Revolusi Perindustrian bermula di England selepas tahun 1750. bermula di England selepas berlaku perubahan yang pesat dalam bidang pertanian dan dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah
dilihat dari sudut perkembangan sains dan teknologi , kegiatan ekonomi, pengkhususan pekerjaan, mobiliti sosial, kemunculan kelas baharu, dan urbanisasi
Ciri-ciri masyarakat industri di England
Kemajuan sains dan teknologi
mempunyai pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi untuk mendahului negara-negara lain dalam perindustrian
Thomas New Comen mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702
James Watt juga telah memperbaiki enjin rekaan Thomas Newcomen.Enjin ciptaan beliau digunakan di England dan juga dieksport
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada sektor perindustrian dan perlombongan.
memberi tumpuan kepada perusahaan tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England.Kilang kapas pertama didirikan pada tahun 1790
menjalankan aktiviti ekonomi dalam sektor perlombongan
England menjadi pengeluar bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi
.Bekalan ini dari wilayah New Castle dan Wales. England muncul sebagai pengeluar keluli terbesar dunia.
Pada tahun 1860 England mengeluarkan 80 juta tan metric arang batu dan 225000 tan metrik keluli.
Pengkhususan Pekerjaan
tertumpu dalam sektor pekerjaan perkilangan dan mempunyai pekerjaan yang tetap
pekerja yang mempunyai kemahiran khusus dalam menghasilkan sesuatu barangan amat diperlukan dalam kelompok masyarakat ini
pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran
Mobiliti Sosial
wujudnya kelas pekerja baru yang ramai serta mempunyai kepentingan masing-masing
taraf hidup golongan pekerja telah meningka
Golongan kelas menengah terdiri daripada golongan yang memiliki kilang,para peniaga,peguam dan jurutera.Golongan ini berkeinginan dan bersedia menerima risiko untuk mendapatkan kekayaan
Kemunculan kelas
kemunculan dua kelas utama
Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang,tuan tanah dan pengusaha lombong.Kelas pekerja pula ialah buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil,kilang kimia dan kejuruteraan elektrik.
Golongan pekerja ini amat bergantung kepada golongan kapitalis
Namun, selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran muncul golongan professional. Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat
Masyarakat Urban @ Berlaku Urbanisasi
membawa kepada perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar
proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar secara pesat
Menjelang tahun 1851 bandar-bandar seperti Lancashire,Yorkshire dan Nottinghamshire menjadi tumpuan penduduk.Perkembangan ini membawa kepada proses urbanisasi.
Masyarakat Literasi
terdiri daripada kelompok masyarakat yang memiliki ilmu dalam bidang pendidikan
kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah,pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan
masyarakat ini mula terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dan memperjuangkan kepentingan mereka melalui politik
Perjuangan mereka adalah melalui parlimen dan sebanyak 61 wakil kelas menengah berada di Parlimen pada pertengahan abad 18
Faktor-faktor perkembangan
pertambahan penduduk
ekalan tenaga buruh di England bertambah dan mencukupi
kekayaan bahan mentah
merkantilisme di England
menyediakan kekayaan dan modal untuk mempelopori revolusi perindustrian.
revolusi pertanian
peningkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran tanah yang diperkenalkan semasa revolusi pertanian
keadaan iklim
perkembangan perusahaan kapas di Lancashire di sebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England
kemajuan sains dan teknologi
penciptaan mesin baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England
kelemahan Negara-negara lain
Latar belakang
Sekumpulan manusia yang mengamalkan atau mengalami proses perubahan sesebuah ekonomi khususnya dalam bidang pertanian dan perindustrian
revolusi industri bermaksud proses perubahan sesebuah ekonomi kepada satu bentuk ekonomi yang kompleks serta menyebabkan proses ekonomi menjadi cergas