Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah, Ta’if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, Negara Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin.Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri atau mempunyai pusat pentadbiran masing-masing.