Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepelbagaian Kaedah & Teknik PdP Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Kepelbagaian Kaedah & Teknik PdP Bahasa Melayu
DIDIK HIBUR
Penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia yang menyeronokkan.
Contoh: nyanyian, bercerita, lakonan, puisi, syair, sajak, seloka, gurindam, pantun.
Membentuk pelajar supaya memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis,secara efektif melalui pelbagai kaedah pengajaran dan strategi.
PENYELESAIAN MASALAH
Satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar bergerak secara aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalah yang diberikan secara berhati-hati.
Berbincang, bertukar fikiran dan maklumat berkaitan untuk memantapkan pemahaman terhadap konsep dan membina konsep yang baru.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Dijalankan secara individu/kumpulan.
Penilaian dilakukan pada setiap proses hingga siap.
Mengikut tempoh yang ditetapkan.
Berdasarkan kemahiran, minat, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
Projek Kaji Selidik
Murid membuat kajian tentang sesuatu topik melalui teknik pemerhatian, mengumpul maklumat, menganalisis, mentafsir dan membuat rumusan.
Projek Hasil Tangan
Dijalankan selepas menguasai kemahiran tertentu.
Tujuan: mengembangkan psikomotor dan kreativiti murid.
Lawatan
Memberi kesempatan murid memperolehi pengalaman secara langsung serta menarik.
Murid dapat membandingkan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah dengan situasi sebenar.
PEMBELAJARAN ABAD 21
Pembelajaran Berasaskan Projek.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Penggunaan teknologi.
Refleksi kendiri dan rakan.
Maklum balas guru.
Kolaboratif dalam penyelesaian masalah.
Guru sebagai fasilitator.
PEMBELAJARAN KOPERATIF
Penglibatan murid secara aktif.
Pembelajaran secara bekerjasama dalam kumpulan.
Murid menyumbang dan bertukar idea.
Guru memberi bimbingan, peneguhan dan penilaian.
Contoh: round robin, round table, talking chips, mix & match dan sebagainya.
KECERDASAN PELBAGAI
Merujuk kepada kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner.
Jenis:
Verbal-linguistik
Logik-matematik
Visual-ruang
Kinestetik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalis
Muzik
KBAT
Kemahiran berfikir aras tinggi yang merujuk kepada Taksonomi Bloom (mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta).
Keupayaan murid untuk membuat refleksi dan penaakulan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Menggunakan teknik penyoalan, pengurusan grafik, peta minda, pemikiran kreatif, enam topi berfikir.