Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepelbagaian Elemen Budaya Dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Isu dan…
Kepelbagaian Elemen Budaya Dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Isu dan Kepentingan
Pengenalan
Dalam perspektif Islam, pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya ini mempunyai prinsip demokrasi, kesetaraan, dan keadilan yang memang bersesuaian dengan ajaran Islam
Di dalam Al-Quran (Al-Syuura, 42:38; Al-Hadiid, 57:25; Al-A’raf, 7:181) yang telah merumuskan bahawa, setiap manusia mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan sama ada dari segi ucapan, atau perkataan, sikap dan perbuatan
Perbuatan adil ini juga perlu dilakukan semasa interaksi antara orang Islam dan bukan Islam, Arab dengan bukan Arab dan antara orang kulit putih dengan orang yang berkulit hitam
Manusia secara fitrah dijadikan Allah SWT dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua harus menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas
Bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu
Fungsi pengajaran adalah menghasilkan pembelajaran yang efektif, insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia
Pembelajaran pula merupakan aktiviti mental, fizikal atau rohani kepada diri pelajar itu sendiri. Ianya merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka supaya berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh bagi kemajuan diri sendiri khasnya dan masyarakat atau negara amnya
Dalam konteks Pendidikan Islam, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam haruslah melihat kepada tujuan Pendidikan Islam itu sendiri; sebagaimana yang dinyatakan oleh Hassan (1980), proses penyiapan kepada tujuan Pendidikan Islam itu sendiri; sebagaimana yang dinyatakan oleh Hassan (1980), proses penyiapan fungsi manusia untuk beramal di dunia dan memetik hasilnya di akhirat
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ini, individu pelajar akan dibentuk, dibimbing rohani dan jasmani mereka untuk keperibadian yang menepati ukuran-ukuran Islam dan dapat mempersiapkan mereka untuk yang lebih baik dalam menghadapi masyarakat sekelilingnya
Konsep Kepelbagaian Dalam Pengajaran Pendidikan Islam
Konsep kepelbagaian budaya dalam pengajaran Pendidikan Islam merangkumi kepelbagaian bahasa, budaya, latar belakang dan amalan masyarakat
Manusia secara fitrah dijadikan Allah SWT dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku
Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik namun kemuliaan manusia terletak pada sejauh mana nilai ketaqwaannya kepada Allah SWT
Penyataan Masalah
Pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan Islam masih lagi tidak berjaya menerapkan nilai-nilai sosial kepada murid di Malaysia
Guru Pendidikan Islam hanya tertumpu kepada aktiviti bagi menghabiskan sukatan pelajaran untuk peperiksaan
Terdapat kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam masih bertumpu kepada pengajaran berbentuk tradisional dan masih belum kreatif dalam menggunakan bahan pengajaran dan pendekatan pengajaran, malah tahap pengajaran mereka masih pada tahap sederhana
Kekangan yang Dihadapi dalam Melaksanakan Penerapan Elemen Budaya
Kekangan masa
Kekangan guru
Kurang membaca
Kesimpulan
Kemahiran guru dalam menggunakan strategi, pendekatan, kaedah pengajaran berkesan dan teknik yang bersesuaian dapat membantu guru dalam menerapkan elemen-elemen yang signifikan dengan murid yang datangnya daripada pelbagai budaya
Kebijaksanaan guru memilih metodologi pengajaran akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih bermakna dan berkesan
Guru perlu bertindak sebagai role model kepada warga sekolah dan masyarakat, sebagai pendakwah, pendidik serta pembimbing kepada pelajar dan bukannya hanya berperanan sebagai seorang guru yang akan menyampaikan isi kandungan pelajaran semata-mata