Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu dan Amal - Coggle…
Pendidikan Integratif Dalam Islam: Kesepaduan Iman, Ilmu dan Amal
Pengenalan
Integratif atau integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa unsur, bahagian dan lain-lain – menjadi kesatuan, penyatuan – berpadu – disatupadukan
Istilah bersepadu bermaksud bersatu, bercantum, bergabung, bertaut, bersebati, bekerjasama, bermuafakat, seia sekata dan bersama-sama, yang dikonsepsikan dan direalisasikan dengan berasaskan kepercayaan kepada Tuhan
Pendidikan integratif
Pendidikan akal
Pendidikan akhlak
Pendidikan bermasyarakat
Pendidikan sepadu
Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah
Pendidikan yang berteraskan tauhid
Adanya integrasi antara iman, ilmu dan amal
Tidak ada pemisahan antara konsep ilmu agama dan ilmu dunia
Kesepaduan iman, ilmu dan amal
Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah
Al-Quran Sebagai Sumber Pendidikan Islam
Ayat al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w memberi kesan keyakinan yang mendalam terhadap segala apa yang disampaikannya
Al-Quran mampu melembutkan jiwa dan hati para pembaca serta pendengarnya
Al-Quran merupakan cahaya yang boleh memberikan cahaya hidayah kepada manusia
Al-Sunnah Sebagai Sumber Pendidikan Islam
Pengertian sunnah dari segi bahasa adalah berasal daripada kalimah sanna yang
bererti perjalanan yang baik ataupun yang buruk
Pengertian sunnah dari perspektif ulama usul pula bermaksud segala sesuatu pada Rasulullah s.a.w yang bukan al-Quran al-Karim, sama ada dalam bentuk sabda, perbuatan atau taqrir yang menjadi dalil kepada pembentukan hukum syariah
Hadis atau sunnah memberi tumpuan yang utama kepada kehidupan, iaitu dengan mengatur kehidupan manusia berasaskan keimanan
Hadis mengambil berat persoalan yang berkaitan dengan akhlak, kemasyarakatan, perjalanan hidup, pendidikan dan tatacara perhubungan antara manusia dengan Penciptanya
Bermatlamat untuk membersih jiwa, mendidik akhlak, cara menghadapi akhirat, zuhud di dunia, gemar beribadat, sukakan kebaikan dan membentuk peribadi manusia supaya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w di dalam kehidupan seharian
Pendidikan yang berteraskan Tauhid
Pendidikan Islam dibina berasaskan akidah Islam, iaitu akidah yang menyemaikan keyakinan kepada wujudnya Allah, menyatakan dan menjelaskan tentang Rukun Iman yang menjadi teras kepada akidah yang sahih
Akidah yang sahih ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam yang sesuai dengan dalil syarak, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
Akidah sahih ini bersumberkan wahyu samawi yang datang daripada Allah s.w.t. sama ada berhubung dengan iktikad, perundangan atau akhlak dan disampaikan kepada manusia melalui perantaraan Rasulullah SAW
Integrasi antara Iman, Ilmu dan Amal
Dalam pendidikan integratif, wahyu adalah teras kepada akal
Matlamat pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan akidah
Kemurnian akidah akan menjelmakan akhlak yang baik. Daripada akhlak yang baik ini akan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan melalui tingkahlaku yang baik
Konsep pendidikan berasaskan kepada kekuatan akidah perlu dijadikan tunjang dalam kehidupan manusia. Akidah dan ilmu perlu disepadukan bagi memastikan insan yang dididik dapat dibentuk sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugasnya
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pernyataan Falsafah Pendidikan Islam secara jelas menjurus kepada pembangunan insan dalam empat aspek yang utama
Menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dasar dalam pembelajaran seumur hidup bagi mendapat ilmu, kemahiran dan penghayatan
Membentuk umat Islam menjadi hamba Allah yang mahir, berkeperibadian tinggi serta mempunyai pandangan semesta yang selari dengan ajaran Islam
Membentuk umat Islam yang bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan alam sekitar
Membentuk insan salih sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat
Tidak ada pemisahan antara konsep ilmu agama dan ilmu dunia
Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Terbukti al-Quran telah mengemukakan model Ulu al-Albab, iaitu orang yang sempurna akalnya sebagai ilmuwan dan cendekiawan yang tiada tolok bandingnya dalam menggabungkan pemahaman Kitab Alam dan Kitab Ilmu Wahyu, dan mengintegrasikan penaakulan manusia dengan Ilmu Wahyu