Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KURIKULUM - Coggle Diagram
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KURIKULUM
BUDAYA MASYARAKAT
Perubahan kurikulum disebabkan oleh perubahan budaya masyarakat mengikut masa.
Sebagai contoh, bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat, kurikulum juga perlu menekankan aspek-aspek ini: menghormati kaum, bangsa dan agama orang lain.
Bertolak ansur dan mempunyai nilai-nilai murni bagi membentuk imej negara Malaysia yang majmuk dan boleh menjadi contoh kepada negara lain
Taraf kematangan masyarakat juga boleh mempengaruhi kehendak mereka.
Masyarakat yang sudah mempunyai taraf pendidikan yang tinggi tentulah memerlukan kurikulum yan lebih baik daripada semasa masyarakat tersebut belum berkedudukan demikian.
DASAR KERAJAAN
Perubahan kurikulum harus berubah seiring dengan
dasar kerajaan yang ditampilkan oleh kerajaan.
Mengelakkan pertindihan misi dan visi negara dan
pendidikan negara.
sebagai contoh, Kurikulum Standard Sekolah Renddah (KSSR) diwujudkan dan ditambah elemen ke 4 iaitu menaakul adalah selari dengan dasar kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama
mempunyai nilai murni di samping kecanggihan teknologi
idea-idea yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan juga boleh menolong ahli-ahli pembentukan kurikulum memperbaharui kurikulum yang ada
Apabila komputer telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan maka didapati banyak kurikulum yang telah dibentuk telah dirompak untuk dibawa masuk ilmu komputer ke dalam kurikulum
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Teknologi semakin canggih dan berubah dengan cepat
Banyak teknologi moden yang boleh membantu Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, penggunaan komputer dan laman web untuk menyampaikan sesuatu topik
Imej yang dipancarkan ke papan putih lebih dinamik dan menarik berbanding cara lama iaitu gambar dari buku teks
KEPERLUAN SEMASA
Perubahan ini untuk membantu para pelajar yang dihasilkan untuk menjadi warganegara yang berilmu malah berkemahiran tinggi bagi menyaingi penduduk global yang lain.
Kemahiran menggunakan teknologi boleh membantu para pelajar mendapatkan maklumat di luar rangkuman bilik darjah ataupun sekolah.
Perubahan kurikulum seperti KBSR kepada KSSR adalah untuk memenuhi keperluan semasa.
Maklumat adalah terkini namun guru yang memantu dalam membimbing memilih maklumat yang sesuai.
PENGENALAN
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.
Perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Menurut Kamaruddin Haji Hussin (1994), Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara
Perubahan kurikulum berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.