Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
1.3.2 Sistem ekonomi Islam - Coggle Diagram
1.3.2 Sistem ekonomi Islam
Prinsip Ekonomi Islam
a) Hubungan Manusia dengan Pencipta. Manusia wajib bersyukur terhadap segala nikmat yang dianugerah oleh Allah SWT. Perhubungan ini hendaklah dijadikan sebagai fokus segala aktiviti kehidupan dan kemasyarakatan serta memupuk dan memperkukuhkan sifat ketakwaan manusia kepada Pencipta
b) Hubungan Manusia dengan Manusia Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah adalah samarata antara satu sama lain. Manusia tidak mampu hidup bersendirian dan dan perlu bekerjasama untuk menegakkan kesaksamaan dan tidak menjalankan kegiatan yang boleh mengeksploitasi kebajikan yang lain. Setiapmanusia berhak untuk menikmati sember ciptaan Allah
Oleh yang demikian, perancangan dan pembangunan bandar harus mampu mewujudkan persekitaran kehidupan bermasyarakat yang serba lengkap, memupuk semangat kejiranan dan kekeluargaan serta menggalakkan interaksi di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.Usaha seumpama ini akan memastikan persekitaran kehidupan dapat berfungsi dengan sempurna menerusi pergerakan harian penduduk yang berkesan serta penuh makna
c)Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar. Manusia sebagai Pentadbir di muka bumi dipertanggungjawabkan untuk mengolah serta memakmurkan bumi. Manusia mempunyai peranan sebagai pembina pengindah dan penyelamat alam sekitar dan bukan melakukan kerosakan, kemusnahan serta memporak- perandakannya
Manusia dituntut memelihara alam sekitar serta pelbagai sumber alam yang telah disediakan Pencipta demi untuk kehidupan berterusan manusia. Perancangan dan pembangunan yang berasaskan konsep pembangunan mampan akan memastikan kesemua sumber alam tersebut seperti gunung-ganang, sungai, udara, pelbagai flora dan fauna dijaga sebaik mungkin serta berkekalan untuk dinikmati oleh generasi akan datang
Tanggungjawab manusia sebagai pemegang amanah terhadap ekonomi.Segala harta di dunia ini adalah milik Allah dan manusia hanya diberi amanah untuk memelihara dan menjaganya. Allah berkuasa memberi dan menarik segala harta jika dikehendaki. Manusia hanya mempunyai tekad, usaha dan azam dalam mencari perkara yang diingini dalam hidupnya
Merupakan sistem ekonomi yang dijalankan berlandaskan hukum syarak dengan menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan. Contoh negara yang mengamalkannya ialah Arab Saudi dan Mesir
Ciri ciri ekonomi Islam
i) Objektif/matlamat ekonomi
1)Keputusan ekonomi yang dibuat oleh individu sebagai pengguna atau pengeluar adalah berdasar hukum-hukum syariat.
2)Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan diakhirat dan bukan bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan dan keuntungan semata-mata
ii)Sistem pemilikan harta dan kekayaan.
1)Islam membenarkan pemilikan harta dan kekayaan perdendirian selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam
2)Individu hanya pemegang amanah untuk menggunakan sumber-sumber bagi menjalankan kegiatan ekonomi yang diredai allah. Sumber ini harus digunakan untuk mengeluarkan barangan yang hala dan berfaedah kepada manusia
iii)Peranan kerajaan.
1)Kerajaan sebagai pemerintah bertanggungjawab untuk meningkatkan keadilan sosial dan kebajikan ummah.
2)Kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyat dapat menikmati keperluan asas, menggalakkan pembangunan ekonomi yang menyeluruh dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
3)Kerajaan perlu mengawasi kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh individu tidak mendatangkan kesan negatif
iv)Sistem zakat dan ekonomi tanpa riba.
1)Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan kebajikan ummah. Pemerintah memunggut zakat daripada umat Islam yang berkemampuan dan hasil kutipan digunakan untuk menolong golongan tidak berkemampuan.
2)Unsur riba atau faedah adalah haram kerana riba boleh menyebabkan berlakunya penindasan yang tidak dibenarkan dalam ekonomi Islam
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
Penyelesaian masalah asas ekonomi hampir sama dengan sistem ekonomi Campuran. Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada mekanisme harga dan barang yang haram tidak dibenarkan sama sekali. Kerajaan campurtangan untuk menjamin kestabilan ekonomi
Bagaimana barang hendak dikeluarkan berdasarkan kecekapan dalam pengeluaran dengan tidak membebankan masyarakat. Manusia sebagai pemegang amanah Allah dan perlu menguruskan sumber ekonomi dengan cekap serta memakmurkan mukabumi dengan tidak meninggalkan kesan luaran yang negatif - pencemaran
Untuk siapa barang dikeluarkan - setiap individu dijamin memperolehi keperluan asas. Barang awam dikeluarkan oleh kerajaan dan barang ekonomi untuk mereka yang mampu. Yang berpendapatan tinggi akan memperolehi lebih banyak barang dan perlu membayar zakat dan yang kurang mampu dibantu dengan sistem zakat - agihan pendapatan lebih adil