Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGELASAN JENIS BARANG, jentera - Coggle Diagram
PENGELASAN JENIS BARANG
Barang percuma
Definisi : barang yang tidak mempunyai kos lepas dan terdiri dari sumber alam
Ciri - ciri
Penawarannya tidak terhad
Boleh didapati secara percuma tanpa perlu mengorbankan barang lain.
Ditawarkan oleh alam semulajadi anugerah Tuhan
Tidak mempunyai kos lepas.
Contoh: udara, cahaya matahari, air hujan dan air sungai.
Barang ekonomi
Definisi : barangan yang penawarannya terhad dan penggunaan barangan tersebut melibatkan kos
Ciri - ciri
Penawarannya terhad
Mempunyai harga dan kos lepas.
Contoh makanan, pakaian dan rumah
Barang awam
Definisi: Barang yang ditawarkan kepada semua individu tanpa pengecualian.
Ciri - ciri
Untuk kegunaan bersama.
Ditawarkan kepada orang ramai
Pengeluaran mempunyai kos lepas
Contoh jalanraya, taman permainan, balairaya.
Barang modal / pengeluar
Definisi: barang yang digunakan oleh sesebuah firma bagi menghasilkan barang lain.
Ciri - ciri
Penggunaan bukan untuk tujuan akhir tapi untuk hasilkan barang lain.
Tidak hilang bentuk asal walaupun selepas digunakan
Berlaku susut nilai
Contoh – mesin , perkakas pejabat, kereta dan jentera
Barang perantaraan
Definisi: merupakan input yang digunakan bagi menghasilkan barang akhir
Ciri - ciri
Hilang bentuk asal apabila diproses
Barang yang mesti diproses untuk dijadikan barang akhir atau barang siap
Contohnya bahan mentah – getah, kelapa sawit, bijih timah dll.
Barang akhir
Definisi: Barang yang dihasilkan oleh firma untuk tujuan penggunaan
Ciri - ciri
Boleh digunakan terus oleh pengguna tanpa melalui proses pemprosesan (barang akhir).
Dapat dikelaskan kepada barang tahan lama dan barang mudah rosak.
Barang tahan lama contohnya.- kipas angin dan dapur gas.
Barang mudah rosak contohnya - ikan, sayur – sayuran .
Barang persendirian
Definisi: Barang yang dimiliki dan dikuasai oleh individu secara mutlak
Ciri - ciri
Barang yang diperolehi dan dimiliki oleh individu/firma tertentu
Tidak boleh dinikmati oleh individu lain tanpa kebenaran
Tidak mempunyai sifat kegunaan bersama atau bersifat kekecualian
Contoh rumah, kereta dan sebagainya.