Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI, Kump 4 : Nurlina, Nor Halwani, Nor Fazliana,…
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
8 Jenis Kecerdasan Pelbagai dan Ciri-Cirinya
Interpersonal
Peka terhadap perasaan dan angin (mood) orang lain
Faham dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain
Kinestatik
Mahir dengan objek dan aktiviti yang melibatkan kecekapan motor halus dan motor kasar.
Guna pergerakan badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
Muzik
Peka kepada bunyi bukan verbal dalam persekitaran, termasuk melodi dan nada.
Sedar akan pola pada ritma, nada (pitch) dan timbre.
Visual-Ruang
Dapat mengesan dunia visual dengan tepat
Cipta imej mental
Berfikir dalam 3D
Peka akan pertalian antara objek dalam ruang.
Intrapersonal
Peka kepada perasaan dan angin (mood) kendiri
Tahu kekuatan dan kelemahan diri
Guna pengetahuan kendiri sebagai panduan membuat keputusan dan menetapkan matlamat.
Logikal-Matematik
Mendekati masalah secara logik
Faham nombor dan pola abstrak
Mengecam dan menyelesaikan masalah yang memerlukan penaakulan
Verbal-Linguistik
Berfikir dengan perkataan
Guna pelbagai bentuk bahasa dan perkataan untuk melahirkan makna yang kompleks dan indah
Naturalis
Peka kepada alam semula jadi
Nampak pertalian dan pola dalam alam tumbuh-tumbuhan dan haiwan
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP)
Proses Pelaksanaan TKP
PROSES : Guru mempunyai beberapa pilihan menggunakan TKP merentasi kurikulum.
Guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan TKP merentasi kurikulum.
Sisipan
Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung
Jaringan
Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran tematik
Jalinan
Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran
Perkongsian
Beberapa kecerdasan dipilij untuk digunakan dalam dua mata pelajaran.
kesepaduan
Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan.
PERANCANGAN : Guru merancang bagaimana TKP boleh diaplikasikan ke dalam proses PdP seharian.
Beberapa soalan boleh digunakan oleh guru-guru sebagai panduan dalam rancangan pelajaran.
Soalan tersebut memastikan guru prihatin terhadap memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
PENILAIAN : Guru menggunakan cara yang berbeza mengendalikan penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam TKP.
Jenis Penilaian
Projek dan produk
Penyelesaian masalah dan eksperimen
Persembahan, penyampaian dan demonstrasi
Rakaman video, kaset dan penggambaran
Pemerhatian di stesen kecerdasan
Berupaya membina soalan jelas dengan tujuan dan objektif yang jelas serta kebolehan mencari jawapan
Laporan, folio, portfolio dan pameran
Aspek Penilaian
Berkonteks
berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan mereka
Bermakna
mempunyai nilai kepada murid
Mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran
perbandingan dibuat dengan hasil yang lepas murid itu sendiri.
Berpadanan dengan kecerdasan murid
membenarkan masa untuk murid menghayati proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian
Digabung jalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
galakkan belajar dalam kumpulan
Membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan
melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian.
PERSEKITARAN : Guru memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah.
Beberapa fokus yang boleh digunakan :
Stesen kecerdasan
Sudut di dalam bilik darjah : setiap stesen mempunyai unsur kecerdasan tersebut seperti mengadakan flora dan fauna untuk Stesen Naturalis.
Sudut boleh diwujudkan mengikut tema atau kecerdasan secara bergilir untuk mengatasi kekangan ruang.
Perhiasan bilik darjah
Hias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan
Murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal.
Gantungkan model bentuk atau formula bagi murid yang cenderung pada kecerdasan logik-matematik
Lawatan luar
Membawa anak murid ke luar bilik darjah untuk merangsang perkembangan otak mereka.
Di luar, murid dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai sendiri.
Ibu bapa boleh memainkan peranan penting dengan membawa anak-anak melawat ke tempat kerja mereka.
Sumber bilik darjah
Bagi setiap mata pelajaran, banyak sumber boleh digabung jalinkan dengan kecerdasan pelbagai murid bagi meningkatkan minat belajar murid.
Keadaan fizikal bilik darjah juga boleh diubahsuai untuk menyesuaikan persekitaran dengan kecerdasan pelbagai murid.
Pengasas
Howard Earl Gardner
Definisi
Definisi Kecerdasan
kecerdasan ditafsirkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur.
Kemahiran penyelesaian masalah termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian.
Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Weschler (1975) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimiliki untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.
Definisi Pelbagai
Menurut kamus DBP, Pelbagai bermaksud berbagai-bagai/beberapa jenis
Definisi Kecerdasan Pelbagai
Menurut Gardner (1983), kecerdasan pelbagai adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat untuk menghasilkan output yang efektif.
Merupakan teori yang penting berhubungkait antara murid dan guru.
Menurut Gardner, setiap manusia mempunyai 8 kecerdasan pelbagai. Beliau juga menyatakan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza mengikut kecerdasan masing-masing.
Kump 4 : Nurlina, Nor Halwani, Nor Fazliana, Nurhasmira, Rohama