Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU, Guru sebagai pengurus…
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
Konsep
Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, iaitu mengurangkan masalah tingkah laku
Kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran (Albort & Troutman, 1986)
Organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan (Richards, 1990).
Isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah
Isu-isu yang timbul
Murid enggan melakukan tugasan yang diberikan oleh guru
Murid tidak menepati masa yang telah ditetapkan
Murid tidak mengikuti kelas PdPr walaupun tidak mempunyai kekangan
Murid sekadar mengisi kehadiran tetapi hakikatnya tidak menyertai kelas yang dijalankan
Murid mempunyai masalah dari segi kewangan dan alat untuk mengikuti kelas PdPr seperti terpaksa berkongsi telefon dengan adik beradik yang lain.
Murid tidak menjawab persoalan yang diajukan oleh guru tanpa sebab yang kukuh seperti sengaja
Murid leka dengan permainan video sehingga mengabaikan tugasan yang diberikan oleh guru
Model pengurusan displin yang berkesan dalam menangani isu yang timbul
Model Pengurusan Kelompok Kounin
Model Pengurusan Bilik darjah Thomas Gordon
Model Akibat Logikal Dreikurs
Model Beyond Discipline Alfie Kohn
Model Disiplin Asertif Canter
Intervensi yang berkesan dalam menangani isu yang timbul
Bimbingan dan Kaunseling
Terapi kanak-kanak
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
Peranan guru
Guru sebagai pengurus persekitaran pembelajaran PdPr yang kondusif
Persekitaran psikososial
Gaya kepimpinan guru sama ada autokratik iaitu memberi arahan atau demokratik iaitu memberi peluang kepada murid untuk atau laize-faire iaitu memberi pilihan kepada murid untuk membuat keputusan sendiri memberi kesan kepada sosioemosi di dalam bilik darjah
Corak interaksi di dalam bilik darjah
Guru mempunyai kontak mata dengan murid
Teguran guru berfokus kepada tindakan murid
Pujian guru spesifik kepada tingkah laku murid
Pendekatan pengajaran guru mengambil kira keperluan, perkembangan kognitif dan gaya pembelajaran murid
Peraturan dan rutin bilik darjah
Peraturan yang dibentuk adalah hasil persetujuan guru dan murid
Guru mengehadkan bilangan peraturan
Ayat peraturan ringkas dan jelas
Perturan yang dibentuk adil dan dapat membantu proses pembelajaran
Peraturan di dalam bilik darjah selari dengan peraturan sekolah
Persekitaran fizikal
Akses mudah kepada sumber bahan pembelajaran
Murid dapat mengakses dengan mudah
Sebagai contoh, guru menghantar bahan pembelajaran melalui aplikasi WhatsApp dan murid dapat mengakses pada bila-bila masa.
Pemandangan murid jelas dan tidak terhalang
Murid dapat melihat persembahan guru tanpa ada halangan di hadapan mereka.
Sebagai contoh, kamera guru jelas
Membina hubungan yang positif antara guru dengan murid kelas pendidikan aliran perdana dan inklusif
Strategi membina hubungan positif Guru-Murid
Guru berbincang dengan murid untuk mencapai persetujuan dalam menetapkan peraturan
Guru mengenal pasti kebolehan murid supaya dapat menetapkan jangkaan realistik terhadap murid.
Guru menyemai semangat cinta terhadap bilik darjah seperti bina cogan kata
Guru mengambil berat tentang keadaan semua murid dan tidak bersikap pilih kasih
Guru ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing bukan menggunakan kata ganti nama diri seperti awak, kamu.
Faktor yang mempengaruhi hubungan positif guru-murid
Penampilan guru bersesuaian dengan ciri-ciri profesionalisme guru dan etika berpakaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Tingkah laku guru yang positif dengan penggunaan bahasa yang baik boleh membuatkan murid menghormati guru
Guru menunjukkan contoh teladan yang baik
Sentiasa kelihatan ceria
Mengamalkan komunikasi yang berkesan
Menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar
Ikhlas ketika mengajar
Berempati dengan masalah murid
Dinamika kumpulan
Guru sebagai ketua dinamika bilik darjah
Guru mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan di dalam bilik darjah
Guru membimbing dalam pembentukan kumpulan dengan membentuk ciri-ciri yang diingini
Guru menggunakan kuasa penularan untuk menjadi model kepada tingkah laku yang diingini
Guru memberi perhatian kepada murid yang tersisih atau disingkir