Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
وانيتا سوري تلادن اومة - Coggle Diagram
وانيتا سوري تلادن اومة
saidatina aisyah r.a serikandi ilmu
gelaran saidatina aisyah adalah as-sidiqah yang membawa maksud wanita yang berkata benar dan al-humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Saidatina aisyah berkahwin dengan rasulullah s.a.w pada bulan syawal. Saidatina aisyah kemudian wafat pada usia 67 tahun.
nama sebenarnya ialah aisyah binti abu bakar yang berketurunan bangsawan kuraisy daripada suku bani taim.
saidatina aisyah bersifat sabar dan tabah apabila menghadapi cabaran dan dugaan dunia serta merupakan seorang yang dermawan yang suka bersedekah apa sahaja yang dimiliki.
saidatina aisyah merupakan tempat rujukan para sahabat dan umat islam selepas kewafatan rasulullah s.a.w terutamanya dalam hal kekeluargaan dan kewanitaan
pengajaran yang dapat kita amalkan adalah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga menjadi pakar dalam bidang yang dipelajari. Selain itu, bersabar dan berdoa serta berserah diri kepada Allah s.w.t dalam setiap cabaran yang dihadapi.
saidatina fatimah r.a ratu syurga
saidatina fatimah merupakan kanak-kanak perempuan pertama yang menerima islam dan wafat pada usia 28 tahun, 6 bulan selepas kewafatan rasulullah s.a.w
saidatina fatimah merupakan seorang anak yang kasih dan taat kepada ayahandanya serta digelar sebagai ummu abiha yang bermaksud ibu kepada ayahnya. Saidatina fatimah redha dengan dugaan yang dihadapi oleh ayahandanya dan tabah menghadapi kehidupan yang serba kekurangan.
saidatina fatimah mengambil berat tentang ayahandanya dengan memberi khidmat bakti dalam menyediakan keperluan seharian serta merupakan seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya menjadi muslim yang soleh
gelaran saidatina fatimah adalah az-zahra yang membawa maksud putih berseri-seri. Saidatina fatimah berkahwin dengan saidina ali r.a dan dikurniai 4 orang cahaya mata
pengajaran yang dapat diamalkan adalah menjadi anak yang soleh dan solehah kepada kedua orang tua, berkhidmat kepada ibu bapa di rumah.
nama sebenarnya ialah fatimah binti muhammad s.a.w yang merupakan puteri bongsu rasulullah s.a.w dan saidatina khadijah r.a
saidatina sumayyah r.a penghulu wati para syahid
saidatina sumayyah mempunyai kesabaran yang tinggi dalam mempertahan agama islam apabila keluarganya disiksa dengan kejam di tengah panas padang pasir
keluarga saidatina sumayyah merupakan antara golongan terawal memeluk agama islam. Saidatina sumayyah merupakan wanita pertama yang mati syahid yang disula dengan tombak oleh abu jahal
saidatina sumayyah menjadi contoh dalam mempertahankan agama islam dan sanggup menggadai nyawanya demi islam serta memberi contoh yang terbaik dalam memperjuangkan aqidah islam.
saidatina sumayyah berkahwin dengan yasir bin amir dan memperoleh seorang anak lelaki yang bernama amar
pengajaran yang kita dapat adalah memelihara iman daripada perkara yang boleh merosakkannya serta bercita-cita untuk mati syahid dan tegas menegakkan kebenaran
nama sebenarnya ialah sumayyah binti hubbat yang merupakan bekas hamba kepada abu huzaifah al-makhzumi
saidatina khadijah r.a permaisuri hati nabi s.a.w
saidatina khadijah merupakan pasangan yang setia dan sentiasa sokong dalam setiap tindakan rasulullah s.a.w. Saidatina khadijah juga membelanjakan semua hartanya di jalan Allah
saidatina khadijah merupakan seorang yang bijak apabila bertindak seperti contoh apabila rasulullah gelisah hati apabila menerima wahyu pertama dan menenangkan baginda.
saidatina khadijah merupakan seorang tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya serta merupakan wanita pertama yang menerima islam dan seterusnya wafat pada usia 65 tahun
gelaran saidatina khadijah adalah at-tahrah yang membawa maksud suci maruah diri. Saidatina khadijah berkahwin dengan rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun dan dikurniai 6 orang cahaya mata
nama sebenarnya ialah khadijah binti khuwailid yang berketurunan bangsawan kuraisy daripada suku bani asad.
pengajaran yang dapat kita amalkan adalah bertindak dengan bijak, bersikap suka membantu dan istiqomah dalam memperjuangkan agama islam.