Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HURAIKAN CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI KETUA NEGARA ISLAM…
HURAIKAN CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI KETUA NEGARA ISLAM MADINAH
Tabligh
Nabi Muhammad saw tetap menyampaikannya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan ancaman
Nabi menyampaikan segala ajaran, peringatan, hukum-hukum, berita gembira dan berita buruk kepada
seluruh umatnya
Para rasul wajib menyampaikan (tabligh) apa-apa yang diterima (wahyu) daripada Allah swt kepada
seluruh manusia tanpa disembunyikan.
Nabi menghantar utusan dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab, sekaligus menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara-negara luar.
Contohnya, nabi mengutuskan Muaz bin Jabal dan Abu Musa
menjalinkan hubungan diplomatik dan seruan dakwah dengan kerajaan Yaman.
Pendahuluan
Kepemimpinan Nabi Muhammad saw bermula selepas kebangkitan baginda sebagai rasul dan pemimpin
agama.
Nabi Muhammad saw mempunyai ciri kepemimpinan terpuji dan sifat-sifat inilah yang menjadi asas
kepemimpinannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin umat dan negara Madinah.
Dalam sejarah ketamadunan Islam, kepemimpinan nabi Muhammad saw menjadi qudwah (ikon) dan ikutan
serta menepati ciri-ciri kepemimpinan ideal sepanjang zaman.
Pegangan dan teras kepada kepemimpinan Nabi Muhammad saw ialah wahyu (al-Quran).
Siddiq
Sifat benar wajib ada pada rasul dalam semua perkara sama
ada percakapan, perbuatan mahupun hati.
Bermaksud benar tutur kata dan tingkah laku.
Apa-apa yang dibawa Nabi Muhammad saw adalah benar dan
dibenarkan kata-kata.
Buktinya nabi mengotakan janji dengan membebaskan sebahagian tawanan perang Badar setelah mereka
menepati syarat penebusan diri iaitu berjaya mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis.
Amanah
Nabi Muhammad saw digelar al-Amin (seseorang yang dipercayai dan amanah
Tidak diragukan bahawa sifat amanah dan keluhuran budi nabi menjadi penyumbang utama kepada
penyebaran risalah Islam.
Bermaksud para nabi dan rasul wajib menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya
sekalipun harus mengorbankan jiwa raga.
Buktinya nabi sentiasa mematuhi isi kandungan Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai bersama antara
penduduk Madinah dan Musyrikin Makkah.
Fatanah
Para rasul dianugerahkan kekuatan ingatan dan ketajaman akal bagi menyempurnakan tugas menyampaikan ajaran Islam termasuk menghapuskan kekeliruan, menegakkan iman dalam hati manusia, menyatakan hukum-hukum dan menghadapi perbahasan dan perbincangan sengit dengan musuh-musuh.
Bermaksud kepintaran, kecerdikan dan kebijaksanaan. Setiap rasul wajib bersifat fatanah terutama dalam
memahami ajaran Allah swt
Nabi berjaya menghadapi golongan Yahudi dan Munafikin serta membalas hujah-hujah mereka dengan
pertolongan wahyu.
Berakhlak mulia
Nabi menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, sabar, cekal, merendah diri, pemaaf dan
sebagainya.
Buktikan, nabi telah memaaf dan membebaskan penduduk Makkah semasa peristiwa Fathul Makkah
meskipun mereka merupakan musuh, penentang tegar dan pernah melakukan kezaliman terhadap umat
Islam pada zaman awal Islam.
Sebagai pemimpin agama dan dakwah, Nabi Muhammad saw seorang yang berakhlak mulia dan
mengikut ajaran dalam al-Quran.
Akhlak mulia nabi terserlah apabila baginda tidak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap tawanan
Perang Badar sebaliknya dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis sebagai syarat
menebus diri
Sifat akhlak mulia berjaya melembutkan hati sebahagian musuh dan akhirnya mereka menganut Islam
secara sukarela.
Kesimpulan
Kepemimpinan Nabi Muhammad saw di Madinah telah menonjolkan baginda sebagai negarawan
berkarismatik dan pemimpin politik yang berjaya.
Kejayaan kepemimpinan Nabi Muhammad saw menyebabkan baginda diiktiraf sebagai tokoh negarawan
paling berpengaruh dalam sejarah oleh sejarawan Barat.
Ciri-ciri kepemimpinan nabi telah berjaya membina masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu dan
menjadikan Madinah sebuah kerajaan yang kukuh dan disegan