Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME - Coggle Diagram
MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME
PEMILIHAN SASARAN INTERVENSI
PECS
Menurut Hallahan dan Kaufman (2006, PECS memungkinkan individu untuk membuat permintaan , memilih item - item dan menyatakan perasaan dengan menggunakan kad-kad gambar sebagai pertukaran kepada komunikasi
Program PECS mengabbungkan tingkahlaku dan teknik pengajaran incidental untuk memperkembangakan komunikasi sosial kanak-kanak bermasalah pembelajaran ( Zaleha Tambi Adam2009)
Teknik PECS terdapat 6 fasa
FASA 3 :
Guru mengajar murid untuk mendiskriminasi kad-kad gambar yang banyak untuk mengenalpasti kad yang diperlukan oleh murid dengan meletakkan beberapa kad gambar di papan
FASA 4 :
Guru mengajar sturuktur ayat asas kepada murid dengan menggunakan ayat
Contoh : Saya mahu ambil .... ( murid memilih gambar berdasarkan kehendak murid)
FASA 2 :
Guru membuat penambahan perbendaharaan kata murid dengan menambah jumlah kad yang digunakan tetapi menggunakan satu kad pasa satu-satu masa.
FASA 5 & 6 :
Guru menambahakan perbendeharaan murid dengan kata sifat dan lain - lain perkataan bagi menambah kemahiran komunikasi murid .
Contoh :
Saya rasa ......
Saya lihat .......
Saya dengar .......
FASA 1 :
Mengajar murid secara spontan untuk menyatakan bahasn atau aktiviti yang mereka perlukana dengan kad gambar.
Murid membuat latihan dengan mengguna satu kad
Terapi Berkuda
Terapi yang menggunakan kuda
Pergerakan kuda dapat mempengaruhi pergerakan tubuh badan kanak-kanak yang memberi kesan kepada peregrakan otot ,sistem saraf dan melancarkan pengaliran darah
Kajian lepas dengan terapi berkuda , pertuturan kanak-kanak autisme menjadi lebih baik
Oleh itu, guru - guru perlu mengambil inisiatif berkolaborasi dengan pemilik ladang kuda dengan menjasikan aktiviti tahunan untu membantu kanak-kanak autisitik meningkatkan kemahiran pertuturan.
Terapi Muzik
Kaedah dapat membantu kanak-kanak autisme supaya lebih yakin dan meningkatkan kemampuan dala berinteraksi dengan mengganbungjalinkan pengajaran dengan muzik seperti nyanyian dan tarian.
Melalui kaedah ini dapat memulihkan , memelihara dan menangani masalah pertuturan yang dialami
Contoh , dengan menyebut lirik lagu dapat membentu mereka menangani masalah pertuturan yang dialami .
Pengulangan perkataan secara berulang - ulang dapat membantu membentuk kefahaman yang nyata tentang makna sesuatu perkataan dan dapat menambah perbendeharaan kata
Lawatan Sambil Belajar
Lawatan sambil belajar merupakan salah satu teknik intervensi yang dapat membina dan memperkembangkan minda seseorang individu terutama kanak-kanak autisitik.
Contoh : Lawatan ke zoo negara , taman burung, taman rama - rama atau taman buaya membolehkan murid mengenal haiwan tersebut secara lebih dekat.
Mereka akan terdorong untuk berinteraksi dan dapat menambahkan perbendeharaan kata mereka.
Contoh : guru boleh mengajar dan membantu murid menyebut nama binatang yang dilihat . Guru memberitahu serba sedikit maklumat mengenai bintang tersebut seperti habitat haiwan, bunyi haiwan dan sebagainya.
Main Sambil Belajar
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu aktiviti yang seronok yang dapat merangsang motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain.
Contoh : Permianan manipulatif , fizikal dan permainan bahasa
Misalnya : Permainan susun puzzle ejaan , permainan bola sepak
Kaedah Multisensori
Kaedah ini untuk merangsang minda kanak-kanak autisme melalui lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa.
Kaedah ini dapat membantu merangsangkan pemikiran kanak-kanak autisme
Contoh apabila mereka merangsang, merasa, menghidup , mendengar, menyentuh dan melihat akan memberi tindak balas bagi semua deria
Kaedah koperatif
Kaedah secara berkumpulan
Kaedah dapat memberi peluang dan laluan serta galakkan kepada kanak-kanak autisme berinteraksi dengan rakan sebaya
Kaedah ini bertujuan meningkatkan kemahiran bertutur dan menambahkan perbendeharaan kata.
Kadah Tunjuk Cara
Kaedah tunjuk cara bertujuan melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur
Melibatkan demonstrasi guru untuk menunjukkkan prosedur aktiviti
Contoh : Tunjuk cara aktiviti meniup warna pada kertas lukisan
Tunjuk cara ini memberikan peluang untuk memhami sesi p&p yang guru sampaikan.
Kaedah ini juga meningnkatkan keyakinan kanak-kanak untuk melaksanakan aktiviti
STRATEGI PENTAKSIRAN BAHASA
Ujian Kecerdasan/ Intelektual
50-70 peratus kanak-kanak autisme mengalami kerencatan akal yang kebanyakkan skor kecerdasan (IQ) mereka adalah diantara 35 ke 50 . Jadi ujian kecerdasan merupakan perkara penting dalam menentukan kelayakan individu autisme untuk menerima perkhidmatan pendidikan khas . Contoh ujian kecerdasan kanak-kanak autisme ialah :pencil2:
The Washler Scales of Intelligence
McCarthy Scales of Children's abilities
Kauffman Brief Intelligence Test
Slosson Intelligence Test
Stanford Binet Intteligence Scale
Ujian Tingkah Laku
Tujuan ujian tingkah laku untuk mengetahui fungsian tingkah laku individu autisme tersebut
Fokus ujian untuk mengenal pasti apa yang berlaku tingkah laku dan akibat bagi tingkah laku.
Ujian tingkah laku dalam kombinasi ujian tingkah laku akan memberi gambaran penuh mengenai gambaran secara keseluruhan tentang kekurangan setiap individu murid berkeperluan khas supaya program khas dapat merancang dan membentuk untuk memenuhi keperluan khusus individu tersebut
PENTAKSIRAN BAHASA
PENTAKSIRAN FORMAL
Pentaksiran Sumatif
Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dinilai pada akhir pengajaran
Pentaksiran Sumatif adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil iaitu penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti UPSR, PT3 , SPM dan STPM
Contoh guru menentukan pelajar autisme tersebut dapat kuasai dalam keseluruhan pembelajaran bagi memberi gred kepada pelajar autisme dan guru perlu memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru bagi menyediakan pelajar autisme untuk kelayakan dalam mengambil ujian sumatif
Penilaian Kefasihan
Ujian kefasihan adalah ujian yang sesuai untuk kanak-kanak autisme untuk menguji penguasaan bahasa seseorang murid
Ujian ini menetukan setakat mana kanak-kanak autisme mengetahui dan menguasai bahasa secara keseluruhan
Contoh : Guru boleh memerhati penguasaan bahasa murid semasa berinteraksi dengan guru semasa melakukan aktiviti seperti dalam kumpulan atau aktiviti nyanyian dan semasa menulis
Pentaksiran Formatif
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang sesi PdP mereka
Dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub lemahiran bahasa yang telah diajar
Contoh , guru subjek bahasa Melayu :
Guru melihat dan menilai penambahan perbendaharaan kata dari hari ke hari sama ada berkembang atau tidak.
Guru melihat sama ada pelajar autsime dapat menstruktur ayat semasa bercakap atau tidak.
Ujian Bakat
Menurut Prof Abdullah Hassan (2009), ujian ini dibentuk untuk mengukur prestasi yang akan dicapai oleh murid
Guru perlu membuat andaian mengenai bakat kanak-kanak autisme
Kebiasaanya, kanak-kanak autisme mempunyai bakat terpendam yang hebat. Oleh itu, tugas guru adalah mencungkil bakat mereka.
Conyoh : Guru melaksanakan Ujian Aptitud Khusus bagi mengembangkan bakat yang sedia ada dalam diri kanak-kanak autisme yang mempunyai keistimewaan tersendiri
Penilaian Kemajuan
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) penilaian kemajuan merupakan ujian ringkas yang dibina oleh guru kelas untuk penggunaan kelas sahaja
Penilaian kemajuan akan menilai setkat mana pelajar autsime dapat menguasai bahan atau perkara yang diajar mengenai sesuatu tajuk
Contoh guru mengajar kemahiran hidup asas menjahit .
Adakah pelajar dapat mematuhi segala arahan guru dan langkah keselamatan semasa menjahit ?
Adakah pelajar telah mahir dalam jahitan jeluruj halus ?
Sekiranya ya maka guru dapat menilai bahawa terdapat kemajuan kemahiran mereka
PENTAKSIRAN TIDAK FORMAL
Rekod Anekdot
Guru perhatikan tingkah laku pelajar autsime dengan tepat dan teliti untuk direkodkan dengan jelas, ringkas dan ojektif
Seterunsya guru membuat pentafsiran atau interpretasi tingkah laku yang diperhatikan terhadap kanak-kanak autisme .
Rekod adalah merangkumi aspek kecekepan linguistik, muzik, kecekapan interpersonal dan intrapersonal pelajar autisme
Rekod adalah membantu guru untuk menilai kemajuan, perkembangan, kemahiran yang dapat dicungkil dan prestasi pelajar autisme serta guru dapat mengetahui kelemahn dan kelebihan setiap individu tersebut
Temu bual
Murid autisme yang mempunyai sifat kurang yakin diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka dan secara tak langsung guru dapat menggambarkan sikap mereka serta guru dapat memperkembangan kemahiran komunikasi kanak-kanak autisme
Pentaksiran ini sesuai untuk dilakukan dengan kanak-kanak autisme kerana berinteraksi secara bersemuka dengan murid autisme
Hasil Kerja Pelajar
Guru menilai hasil kerja murid autisme berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja dari aspek sikap dan kebolehan berkomunikasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja .
Contoh dalam penghasilan aktiviti melengkapkan 'puzzle' , guru dapat menilai murid berinteraksi dengan rakan-rakan untuk meminta bantuan, guru memerhatikan perkembangan kognitif mereka melalui cara mereka penyelesaikan masalah
Pemerhatian
Guru memerhatikan tingkah laku pelajar autisme di dalam kelas yang meliputi aspek kognitif dan psikologi
Guru memerhati keberkesanan pengajaran terhadap bahan bantu mengajar dan komunikasi pelajar dengan bahan mengikut pelbagai situasi pengajaran .
Guru memerhati sama ada murid autisme dapat mengawal diri mereka semasa aktiviti dijalankan atau tidak kerana tidak minat terhadap bahan bantu mengajar yang kurang sesuai untuk mereka
PENGENALAN KANAK - KANAK AUTISME
CIRI UMUM AUTISME
3.GANGGUAN DERIA
Sensitif dengan sentuhan
Tidak suka dipegang atai dipeluk
Sensitif dengan bunyi yang kuat
Kurang sensitif dengan rasa sakit atau takit
4.TINGKAH LAKU
Menunjuk tingkah laku yang hiperaktif atau hipoaktif.
Perbuatan sama yang berulang
Tidak suka dengan perubahan harian
Menunjuk minat yang kuat
2.
INTERAKSI SOSIAL
Suka bersendirian
Tidak mempunyai kontak mata mata dan kerap mengelak daripada pandangan orang lain .
Keganjilan dalam pergaulan sosial
Tidak suka dengan situasi bising
5.EMOSI
Sering marah , ketawa atau menangis tanpa sebab
Mengamuk jika tidak mengikut kehendaknya
Tidak mempunyai perasaan simpati
1. KOMUNIKASI
Perkembangan bahasa yang lambat
Kelihatan seperti mengalami masalah pendengaran
Sukar untuk bergaul dengan orang ramai
Perkataan atau jawapan yang diberikan tidak sesuai dengan pertanyaan.
Bercakap dalam bahasa sendiri atau bahasa yang tidak difahami
6. KOGNITIF
Skor kecerdasan intelektual (IQ) tidak stabil pada peringkat awal kanak-kanak
Sebahagian murid autisme mempunyai ingatan yang luar biasa
MASALAH BENTUK BAHASA AUTISME
FONOLOGI
Mempunyai masalah berkenaan ciri-ciri suprasegmental dalam pengeluaran bunyi
Bercakap seolah-olah bernyanyi yang mempunyai nada turun naik yang terlalu tinggi dan terlalu rendah
Pertuturan yang monotonus dengan suara yang terhad
Tidak menunjukkan perbezaam dalam intonasi dalam percakapan
MORFOLOGI
Kanak - kanak autisme kerap meninggalkan imbuhan
Contoh :
Ayat kanak- kanak autisme :red_cross: Saya sedang siap
Ayat sepatutnya :check: Saya sedang bersiap
SINTAKSIS
Mempunyai masalah dalam penggunaan bahasa dalam situasi sosial.
Sering meninggalkan tatabahasa morfem dan fungsi perkataan (Kuder,2003)
Bahasa pertuturan kanak-kanak autisme kurang kompleks
Masalah semasa menggunakan aturan sitaksis dalam bahasa pertuturan mereka (Pierre & Bartolucci, 1977)
DEFINISI
Hallahan & Kaufman (1997)
Kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif , masala bahasa dan boleh dilihat sebelum berumur 30 bulan
Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial , gangguan deria, pola bermindan perilaku emosi.
Persatuan Kebangsaan Autisme Malysia (NASOM) menjelaskan autisme sebagai suatu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi.