Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN INSTITUT JAKIM, PERBANDINGAN ANTARA GERAKAN…
LATAR BELAKANG PENUBUHAN INSTITUT JAKIM
1) TARIKH & PENGASAS PENUBUHAN
Pada 17/10/1968, Majlis Raja-Raja bersetuju untuk menubuhkan satu badan bagi menyelaraskan pentadbiran agama Islam di seluruh negara.
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Semenanjung Malaysia (MKI) dengan rasminya ditubuhkan pada 1 Julai 1969.(Saari, 2012)
Majlis Raja-Raja telah melantik YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu sebagai Pengerusi dan Tuan Haji Ismail Panjang Aris sebagai Setiausaha bagi majlis ini.
3) FUNGSI UTAMA INSTITUT JAKIM
i- Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam di negara in
ii- Merangka dasar bagi pembangunan hal ehwal Islam dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
iii- Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran
4) PENGLIBATAN AKTIVITI DAKWAH JAKIM
Dakwah Islamiah kepada Orang Asli merupakan salah satu aktiviti utama JAKIM.
Antara program yang diselaraskan JAKIM pada peringkat kebangsaan, iaitu Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) memainkan peranan besar dalam pembangunan pendidikan Islam di seluruh negara, terutama dalam kalangan generasi muda.
Mengadakan program dakwah bil hal bagi memupuk persaudaraan di kalangan orang kurang upaya, warga tua, pesakit hospital dan anak yatim
2) REVOLUSI DARIPADA MKI - JAKIM
Pada 21 Mei 1985,MKI telah dinaik taraf kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), di bawah Jabatan Perdana Menteri atas faktor pertambahan tanggungjawab dan perluasan bidang tugas.
Pada 1 Februari 1974 apabila terbentuknya Wilayah Persekutuan, tugas urusetia MKI semakin berkembang dengan itu, Urusetia MKI telah dinaikkan tarafnya menjadi Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri
Setelah mengalami beberapa evolusi, urus setia tersebut berkembang dan dinaikkan taraf menjadi sebuah jabatan penuh dengan nama barunya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri atau ringkasnya Jakim berkuat kuasa mulai 1 Januari 1997 .
5) SUMBANGAN JAKIM
Penglibatan JAKIM dalam pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di Malaysia bermula sejak 1974
Menyumbangkan artikel untuk diterbitkan oleh penerbit-penerbit lain. Penulisan yang mengandungi unsur Islam ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat. Sebagai contoh dalam akhbar Utusan Malaysia, disediakan ruangan Kalamullah oleh JAKIM
JAKIM bersama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) telah melancarkan Tabung Musa’adah COVID-19
Menubuhkan Talian MyCareCov19 dengan tujuan untuk menyantuni orang awam dengan pendekatan kerohanian
6) CABARAN DAKWAH JAKIM
1) Dakwah Terhadap Masyarakat Orang Asli
Infrastruktur yang kurang memuaskan khususnya dari segi jaringan internet.
Kekurangan pendakwah/ tenaga penggerak ketika wabak pandemik melanda.
Membuat perancangan dan persediaan yang sesuai bagi memastikan kesinambungan kepada pelaksanaan aktiviti dakwah.
2) Dakwah Dalam Penyiaran
Fiqh Penyiaran perlu disusun semula oleh para agamawan, ilmuan, para penggiat dunia penyiaran bersama pihak berwajib.
Menghasilkan format rancangan yang segar serta mampu menarik minat pelbagai lapisan umur sepanjang tempoh pandemik.
Memperkukuhkan modul latihan kepada pendakwah yang muncul di stesen TV dan radio.
3) Malaysia Baharu
Kesejahteraan institusi kekeluargaan
Pembangunan sosial.
Nilai moral dan etika dalam masyarakat.
4) Pelaksanaan Program Pembangunan Modal Insan (PMI)
Kelemahan pengurusan sumber manusia (PSM).
Kandungan latihan tidak menarik.
Keengganan pegawai menghadiri kursus.
PERBANDINGAN ANTARA GERAKAN DAKWAH JAKIM & HIZB TAHRIR
JAKIM
Bertanggungjawab dalam merancang dan menentukan pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam tanpa mengabaikan hak-hak masyarakat.
Merangka dasar bagi pembangunan hal ehwal Islam dan memelihara kesucian aqidah dan ajaran Islam yang telah sekian lama bertapak di negara ini.
Menilai, menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan maslahah masyarakat
HIZB TAHRIR
DOKTRIN
Golongan pemerintah, ahli parlimen kerajaan dan para ulama Islam yang menerima sistem kafir adalah kufur dan harus diperangi.
Mana-mana negara Islam yang berhukum menggunakan sistem kafir layak ditentang dan haram untuk menyertai sistem kerajaan tersebut.
Menafikan istilah “al-qadha’ wa al-qadar”.
2. SISTEM PENTADBIRAN YANG HOLISTIK
3. MAQASID SYARIAH
Maqasid Syariah menfokuskan kepada keselamatan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta bukan saja diri sendiri bahkan masyarakat umum
Dalam situasi wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang, memelihara nyawa (hifz an-nafs) adalah contoh yang berkait.
Maqasid Syariah tidak dapat diimplementasikan dengan menyeluruh apabila tiada kuasa dan kedudukan kukuh dalam politik.
DISEDIAKAN OLEH ;
1) NAZIRUL BIN ZAINUDIN (18BI05035)
2) ARIF AIDID BIN BAHARI (18BI05036)
3) MOHAMMAD SHAHIR BIN AHMAD FUZI (18BI05041)
4) MOHAMMAD FAZRUL IMAN BIN MOHD NIZAM (18BI05052)
PENSYARAH
USTAZAH SAFINAH BINTI ISMAIL