Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM - Coggle Diagram
PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM
PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN YANG SESUAI OLEH GURU
Bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan criteria nilai moral.
Bahan pengjaran hendaklah diorganisasikan dan disusun menngikut turutan perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak.
Bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan prinsip keseriusan kognitif.
Bahan pelajaran yang dipilih hendaklah berguna, sesuai dengan keperluan pelajar dan masyarakat.
PENELITIAN DAN PENTAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN
Memahami dan menguasai isi kandungan pengajaran.
Merancang aktiviti yang sesuai dengan pengajaran.
Membaca dan mentafsir perkara yang penting.
Mencari bahan pengajaran dan disokong oleh alat bantu mengajar yang efisien.
Memastikan objektif PdP tercapai.
RANCANGAN KERJA SELARAS PERANCANGAN KURIKULUM
Rancangan kerja tahunan haruslah disediakan berdasarkan sukatan pelajaran keseluruhan tahun.
Susunan unit pelajaran haruslah berdasarkan prinsip-prinsip mengajar iaitu pemeringkatan perkembangan mental atau fizikal pelajar, pengetahuan yang sedia ada serta kemahiran yang telah dikuasai.
Perkara-perkara penting dalam rancangan kerja adalah tingkatan, matapelajaran, topik, kemahiran dan penerapan nilai harus direkodkan rancangan kerja mingguan.
perkara yang harus diertimbangkan semasa menyediakan rancangan kerja harian ialah hari, tarikh, tingkatan, waktu pengajaran, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
KOMPONEN-KOMPONEN PERSEDIAAN MENGAJAR
Persediaan - Meliputi perkara-perkara seperti butir-butir am, pengetahuan lepas, objektif pelajaran, penggabungjalinan, sumber pengajaran-pembelajaran, kemahiran dan penerapan nilai. Untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dengan berkesan, isi pelajaran haruslah dipilih berdasarkan kepada minat dan kebolehan murid. Pemilihan sumber rujukan pengajaran yang sahih perlu digunakan oleh guru supaya ilmu yang tepat dapat disampaikan kepada murid-murid.
Penyampaian - Guru perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar, sistematik dan mengikut jadual, isi pelajaran yang telah dipilih dan disusun mengikut langkah-langkah yang menepati peruntukan masa. Dalam masa yang sama kaedah penyampaian pengajaran yang efisien serta menepati kehendak kurikulum seperti bercerita, bersyarah, soal-jawab, demonstrasi, permainan dan stimulasi.
Penutup - Peranan guru membuat pentafsiran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dibuat untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan atau memuaskan. Guru boleh mengadakan sesi kesimpulan dan rumusan. Biasanya terdapat dua jenis kesimpulan yang digunakan untuk menutup sesuatu waktu pelajaran iaitu kesimpulan kognitif (merumus isi-sisi penting) dan kesimpulan sosial (pujian atau ulasan tentang murid).