Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN BAHASA
KAEDAH PENTAKSIRAN
FORMAL
UJIAN SARINGAN (SCREENING TESTS)
o Ujian terhadap bilangan kanak-kanak yang ramai.
o Mengenal pasti perkembangan semasa murid dan manfaat yang diterima daripada penilaian dan intervensi.
o Instrumen : mudah dan ringkas.
o Kelemahan : tidak dapat mengenal pasti gangguan bahasa halus (Reed, 2012).
UJIAN KOMPREHENSIF
o Menguji kemahiran bahasa yang luas dalam pelbagai peringkat umur.
o Dapat memberi gambaran lengkap tentang fungsi bahasa kanak-kanak.
o Memberi maklumat tentang kemahiran kanak-kanak dalam sintaksis dan semantik, dan sebahagian fonologi dan pragmatik.
o Ujian kemahiran bahasa yang spesifik.
TIDAK FORMAL
• Mengumpul dan menganalisis sampel bahasa kanak-kanak untuk dapatkan maklumat tentang perkembangan bahasa mereka.
• Antara perkara yang dianalisis:
o Pengukuran tahap perkembangan sintaksis seperti mean length of utterance (MLU).
o Pengukuran perkembangan semantik seperti type token ratio (TTR).
o Menganalisis elemen pragmatik dalam bahasa.
MATLAMAT
• Mendapatkan maklumat untuk membuat interpretasi mengenai pembelajaran murid.
• Mengenal pasti murid yang bermasalah bahasa dan intervensi yang sesuai.
• Mengenal pasti jika murid faham atau tidak terhadap kurikulum yang diajar.
PENAKSIRAN
FONOLOGI
o Mendiskriminasikan bunyi huruf atau perkataan yang hampir sama.
o Guru-guru boleh menggunakan perkataan luar kebiasaan murid.
MORFOLOGI
o Kirby (2012) mencipta pentaksiran tidak formal.
o Contohnya : kanak-kanak perlu melengkapkan perkataan seperti apabila guru menyebut push, murid-murid perlu menyebut pushed.
SEMANTIK
o Howell, Fox dan Morehead (1993), mencadangkan beberapa cara untuk rangsang pengetahuan perbendaharaan kata.
o Contohnya :
Target Perkataan : usaha
Arahan : pilih ayat yang akan menjadikan ayat kedua sama seperti ayat satu.
Ayat 1 : Kita perlu tingkatkan usaha
Ayat 2: Jika inginkan yang lebih baik, kita perlu...
(bersenang-senang / buat sehabis baik)
SINTAKSIS
o Owens (2010) cadangkan 2 tindakan untuk merangsang maklum balas negatif pelajar.
o The Emperor New Clothes : pentaksir membuat pernyataan salah.
o Screw-up : pentaksir membuat pernyataan yang tidak serupa dengan tindakan.
PRAGMATIK
o Tujuan : menguji kefahaman dan penggunaan bahasa.
o Guru-guru akan memberikan situasi yang perlu dilakonkan oleh pelajar.
PEMILIHAN SASARAN INTERVENSI
PENDEKATAN DEVELOPMENTAL
• Merancang matlamat pencapaian bahasa mengikut panduan peningkatan bahasa kanak-kanak tipikal.
• Namun, Owens (2010) cadangkan supaya hierarki peningkatan dijadikan garis panduan yang luas.
• Arahan perlu berfokus untuk meningkatkan kemahiran sosial.
SUMBANGAN INTERVENSI
• Intervensi bahasa sangat berkesan untuk kanak-kanak yang ada masalah fonologi, perbendaharaan kata dan masalah sintaksis.
• Banyak kajian yang menunjukkan kaedah milieu efektif untuk meningkatkan kemahiran bahasa MBK (Kaiser, Volder dan Keetz, 1992)
• Kaedah model yang ditunjukkan guru dapat membina kemahiran komunikasi MBK.
KEMUDAHAN JALANI LATIHAN PENGUKUHAN DAN GENERALISASI
INTERVENSI
• Mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah bahasa.
• Mencipta program intervensi yang berlainan untuk setiap kanak-kanak.
• Mengawasi perubahan hasil intervensi.
INFERSNS
• Kursus khas perlu diadakan untuk ibu bapa murid yang bermasalah supaya mereka dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi.
• Latihan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah bahasa.
• Memberi bantuan yang mencukupi kepada kanak-kanak yang bermasalah bahasa.
STARATEGI PENTAKSIRAN BAHASA
PENDEKATAN STRUCTURED DAN NATURALISTIC
• Intervensi bahasa dilakukan dalam persekitaran yang semula jadi dengan melaksanakan ujian yang mengikut rentak kanak-kanak (Warren dan Kaiser, 1986).
• Walaupun fasilitator bahasa telah merancang dan menetapkan matlamat, mereka perlu bersifat responsif terhadap kanak-kanak.
• Jika kanak-kanak memberi respons di luar rancangan, fasilitator perlu terus bersifat responsif.
TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN
• Membuat kerangka pembelajaran berdasarkan perkembangan kanak-kanak tipikal.
• Mengajar kemahiran yang diperlukan seperti mengaitkan persekitaran dengan pembelajaran.
• Membina objektif yang jelas dan boleh diukur.
• Mengambil perhatian terhadap kekuatan dan kelemahan sensori murid.
• Gunakan kaedah dan bahan mengajar yang sesuai mengikut umur murid.
PENYEDIAAN DAN PENYUSUNAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BAHASA
• Daudley-Marling dan Sealle (1988) cadangkan 4 persekitaran bilik darjah.
o Susunan fizikal bilik darjah yang boleh menggalakkan komunikas.
o Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan menggunakan bahasa semasa proses pembelajaran.
o Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan bahasa dalam pelbagai situasi dan audiens.
o Guru perlu memberi respons yang dapat menggalakkan komunikasi terus berlangsung kepada pelajar.