Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan hubungan luar dan perjanjian-perjanjian yang melibatkan kerajaan…
Huraikan hubungan luar dan perjanjian-perjanjian yang melibatkan kerajaan Uthmaniyyah dengan kerajaan lain antara abad ke-17 – 19.
-
-Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 M. Pada tahun1453 M, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul.
-Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kerajaan ke-17 M hingga abad ke-19 M. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi beberapa tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi manamatkan konflik yang timbul.
Isi-isi penting
-
-Telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1681 M dengan Rusia setelah kalah dengan teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam.
-Ini bermakna orang Turki telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam setelah berjaya menguasai laluan tersebut untuk beberapa abad.
-
Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703 M), baginda terpaksa menghadapi masalah dari luar dan juga dalam negeri. Di luar Negara, baginda terdedah kepada serangan tentera kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan Kerajaan Uthmaniyah pada zaman SultanMustafa II.
Peperangan ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Karlowitz. Kesan daripada perjanjian tersebut, sebahagian besar daripada wilayah Kerajaan Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam, temasuk Azou diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland.
-
-Turki telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala, Venice pula menduduki kawasan pantai Dalmatia. Pada abad ke-18 M merupakan tempoh yang paling buruk yang pernah berlaku dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyah.
-Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria akhirnya telah berjaya mengalahkan tentera kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1716 M.
-
-Termeterai antara Kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia sewaktu pemerintahan Sultan Salim III. Ini kerana keadaan Kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula Kerajaan Greek-Byzantine.
-Ini terbukti apabila perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia daripada kerajaan Uthmaniyah.Kemudian termeterailah perjanjian tersebut yang menyerahkan kembali Wilayah seperti Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada Kerajaan Uthmaniyah manakala Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.
-
-Pada tahun 1876 M, kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan’Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengistiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui pada tahun 1878 M. Namun, perjanjian ini hanya menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaanya yang kini berpindah milik kepada Rusia.
-Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Uthmaniyah ini telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan prinsip demokrasi.
-
-Hubungan boleh diwujudkan melalui perjanjian persahabatan. Kaedah sebeginilah yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Islam tatkala menjalinkan hubungan luar dengan negara-negara lain. Melalui perjanjian-perjanjianyang termeterai, kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja telah kehilangan wilayah, bahkan yang paling teruk ia telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan ini ekoran kemunculan gerakan Turki Muda.
-Keengganan Sultan Abd al-Hamid II melayan permintaan perjuangan Gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan. Bermulanya era pemerintahan sekular di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Attatartuk di Turki Uthmaniyyah.