Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) - Coggle Diagram
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)
PENDAHULUAN
Pendidikan Islam adalah mata pelajaran teras
Digubal bagi memenuhi keperluan membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami Islam secara
menyeluruh
(bukan hanya sebahagian sahaja)
Menekankan aspek ilmu,amali,amalan, penghayatan dan pembudayaan
Dibekalkan dengan pengetahuan asas mengenai:
Al-Quran
Hadis
Akidah
Ibadah
Sirah
Adab
Jawi
Bukan sekadar membekalkan ilmu pengetahuan malah pelajar dididik untuk mengamal dan menghayati ilmu yang dipelajari
Pelajar dibimbing untuk mampu membangunkan diri sendiri serta masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah
MATLAMAT
Membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah yang berilmu, beriman, bertaqwa, berketerampilan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah
Dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.
OBJEKTIF
Membaca surah terpilih daripada Al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian
Menghafaz surah terpilih daripada Al-Quran dan mengamalkan hafazannya dalam solat dan ibadat harian
Memahami maksud surah terpilih daripada al-Quran dan menghayati secara istiqamah
Mengaplikasi hukum tajwid dengan betul secara berterusan
Membaca dan memahami hadis terpilih dan mengamalkan tuntutannya
Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian
Mengamalkan konsep asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah
Mengaplikasi iktibar daripada sirah Rasulullah SAW untuk menanam rasa kecintaan kepada baginda dan mengamalkan sunnahnya.
Menghayati dan mengamalkan konsep adab
Membaca, membina dan menulis ayat serta teks dalam tulisan jawi serta mencintai warisan budaya bangsa
Menulis khat Nasakh dan Rikaah mengikut kaedah yang betul
KERANGKA KURIKULUM
Komunikasi
Sains dan teknologi
Perkembangan fizikal dan estetika
Keterampilan diri
Kemanusiaan
Kerohanian, sikap dan nilai
6 kerangka kurikulum ini dapat membentuk insan yang seimbang mempunyai pemikiran kritis,kreatif dan inovatif
FOKUS
1) Ilmu bermaksud isi kandungan atau fakta ilmu yang ditentukan dalam SK dan SP dan disampaikan secara teori kepada murid
2)Amali ialah melaksanakan secara amali teori-teori yang dipelajari sebagai contoh amali solat seperti sujud,rukuk,dan sebagainya
3)Amalan ialah mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian
4)Penghayatan ialah menghayati kesan dan pengajaran dari amalan-amalan yang dilaksanakan.
5)Pembudayaan ialah menjadikan amalan-amalan baik yang diamalkan secara individu sebagai amalan yang dilaksanakan secara berjemaah
KONSTRUK PERPADUAN
1) Menerima
Murid bersifat terbuka, bertoleransi,percaya dan sanggup bekerjasama walaupun berbeza agama,bangsa, budaya dan bahasa.
2)Menghormati
mengamalkan sikap tingkap laku berkhemah tinggi, menghargai dan prihatin
3)Mengurus
Mengamalkan tingkah laku yang amanah, adil dan rasional.