Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
EKONOMI ; 1.6 sistem ekonomi - Coggle Diagram
EKONOMI ; 1.6 sistem ekonomi
1.6.1: Bentuk sistem ekonomi
1]SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS (KAPITALIS)
-Menekankan peranan individu dan pihak swasta dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi.
Kerajaan tidak campur tangan.
2]SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT (SOSIALIS)
-Menekankan peranan kerajaan atau pemerintah
3]SISTEM EKONOMI CAMPURAN
-Menekankan kerjasama antara pihak swasta dengan kerajaan
4]SISTEM EKONOMI ISLAM
-Berpandukan al-Quran dan sunah.
Aspek moral ditempat tertinggi
Perhatian kepada keadilan dan tanggungjawab bersama selaras dengan konsep kasih sayang dan persaudaraan sesama manusia.
CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS (KAPITALIS)
PEMILIKAN SUMBER EKONOMI
-sumber ekonomi,iaitu buruh,tanah,modal dan usahawan bebas dimiliki dan digunakan oleh individu dan pihak swasta bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan
KEPUTUSAN TENTANG PERUNTUKAN SUMBER EKONOMI -untuk mengeluarkan sesuatu barang dan perkhidmatan bergantung pada mekanisme harga,iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. -individu dan pihak swasta bebas memilih barang perkhidmatan yang akan dikeluarkan -pihak swasta memperuntukkan lebih banyak sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang mewah yang tinggi permintaannya di pasaran untuk tujuan keuntungan
INSENTIF -Tujuan pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk memaksimumkan keuntungan
KEPUTUSAN TENTANG AGIHAN PENDAPATAN -individu dan pihak swasta bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dan perkidmatan bagi mendapat keuntungan maksimum -keadaan ini menyebabkan agihan pendapatan tidak setara dalam masyarakat
SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT [SOSIALIS]
PEMILIKAN SUMBER EKONOMI -sumber ekonomi iaitu buruh, tanah,modal dan usahawan dimiliki dan digunakan oleh kerajaan bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan
INSENTIF
-Kerajaan mengeluarkan barang dan perkhidmatan bertujuan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat
KEPUTUSAN TENTANG PERUNTUKAN SUMBER EKONOMI
-untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bergantung pada kerajaan
-individu tidak berhak memilih barang dan perkhidmatan yang akan digunakan
KEPUTUSAN TENTANG AGIHAN PENDAPATAN
-Tidak wujud persaingan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan kerana kerajaan mengeluarkan semua barang dan perkhidmatan
-agihan pendapatan lebih setara dalam masyarakat
SISTEM EKONOMI CAMPURAN
PEMILIKAN SUMBER EKONOMI
-sumber ekonomi,iaitu buruh,tanah,modal dan usahawan bebas dimiliki dan digunakan oleh pihak swasta bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan
-sebahagian sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan untuk mengeluarkan barang awam
INSENTIF
-Tujuan pengeluarann barang dan perkidmatan adalah untuk memaksimumkan keuntungan
-kerajaan mengeluarkan barang awam untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat
KEPUTUSAN TENTANG PERUNTUKAN SUMBER EKONOMI
-Untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bergantung pada mekanisme harga,iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran
-individu dan pihak swasta bebas memilih barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan untuk mencapai keuntungan
-kerajaan menggunakan sebahagian sumber ekonomi yang dimiliki untuk mengeluarkan barang awam bagi tujuan kebajikan masyarakat
KEPUTUSAN TENTANG AGIHAN PENDAPATAN
-Pihak swasta bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi mendapat keuntungan maksimum dengan kawalan perniagaan
-Kerajaan mengawal agihan pendapatan dengan mengenakan cukai terhadap golongan kaya dan memberi subsidi kepada golongan miskin supaya agihan pendapatan menjadi lebi setara
SISTEM EKONOMI ISLAM
PEMILIKAN SUMBER EKONOMI
-Sumber ekonomi,iaitu buruh,tanah,modal dan usahawan bebas dimiliki dan digunakan oleh individu dan pihak swastabagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan asalkan tidak bertentangan dengan hukum islam
-Kerajaan memiliki sebahagian sumber ekonomi sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang awam
KEPUTUSAN TENTANG PERUNTUKAN SUMBER EKONOMI
-Bergantung pada mekanisme harga,iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran
-Individu dan pihak swasta bebas memilih barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan untuk mendapat keuntungan berdasarkan hukum islam
INSENTIF
-Tujuan pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk memaksimumkan keuntungan berlandaskan hukum islam
-Pihak swasta akan membayar zakat perniagaan bagi membantu golongan miskin mengikut hukum islam
KEPUTUSAN TENTANG AGIHAN PENDAPATAN
-Individu dan pihak swasta bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan keuntungan maksimum mengikut hukum islam
-Golongan kaya akan membayar zakat bagi membantu golongan miskin mengikut hukum islam
1.6.2: BAGAIMANA PASARAN MENYELESAIKAN MASALAH ASAS EKONOMI
Sistem ekonomi yang membiarkan pasaran menyelesaikan masalah asas ekonomi ialah sistem ekonomi pasaran bebas. Tumpuan perbincangan berkaitan dengan sistem ekonomi pasaran bebas.
1.APA DAN BERAPA HENDAK DIKELUARKAN
Ditentukan oleh mekanisme harga (kuasa permintaan dan penawaran di pasaran)
-Pengguna mempunyai kuasa dalam menentukan jenis dan kuantiti barang yang dikeluarkan.
-Pengguna dianggap ‘raja’ kerana pengeluar mengeluarkan barang dan perkhidmatan mengikut permintaan pengguna di pasaran.
2.BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
Ditentukan melalui persaingan antara pengeluar untuk mendapatkan sumber ekonomi pada harga yang ditentukan di pasaran.
Setiap pengeluar akan bersaing mengeluarkan barang & perkhidmatan pada kos minimum utk memaksimumkan untung
Pengeluar akan menggunakan kaedah paling murah/menjimatkan kos; kaedah berintensif buruh atau kaedah berintensif modal
-Memastikan kombinasi factor pengeluaran paling cekap dgn melibatkan kos pengeluaran paling rendah.
3.UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
Berdasarkan cita rasa & kuasa beli / pendapatan pengguna-.
Pendapatan pengguna ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran di pasaran faktor.
Corak agihan pendapatan menentukan cara pengagihan barang dalam ekonomi
Barang mewah diagihkan kpd golongan kaya – ada kuasa beli tinggi
Barang bawahan diagihkan kpd golongan miskin – ada ku
1.6.3:KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
1.Mementingkan kebajikan individu
Individu merupakan pembuat keputusan yg bijak
Berusaha memaksimumkan kepuasan masing-masing
Melalui cara ini, kebajikan negara berada pada tahap tertinggi
2.Menggalakkan persaingan
Persaingan meningkatkan kecekapan dan kebajikan pengguna
Persaingan sihat menjamin harga barang di pasaran sentiasa rendah
Firma cekap sahaja dapat terus kekal dalam industri
3.Menggalakkan perkembangan teknologi dan reka cipta baharu
Persaingan menggalakkan peningkatan teknologi dan reka cipta baharu
Reka cipta menjimatkan kos pengeluaran, meningkatkan daya pengeluaran dan ini - menyumbang kpd kemajuan ekonomi sesebuah negara.
1.6.4:KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
1.Kegagalan mengeluarkan barang awam
Objektif firma ialah memaksimumkan untung. Barang awam tidak menguntungkan, maka firma tidak mengeluarkan barang awam.
.Ketidakstabilan ekonomi
Pengeluar bebas buat keputusan ekonomi dan tiada kawalan menyebabkan harga sering tidak stabil.
Ketidakstabilan harga punca ketidakstabilan ekonomi (inflasi dan kemelesetan ekonomi) dan menjejaskan kebajikan rakyat.
Ketidakadilan dalam agihan pendapatan
Kebebasan memiliki fp menyebabkan golongan kaya menjadi lebih kaya, vice versa.
Jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin makin besar, menjejaskan proses pembangunan negara dan keharmonian masyarakat.
Mewujudkan monopoli dalam pasaran
Persaingan hebat di antara pengeluar dalam ekonomi pasaran bebas, beberapa firma sahaja dapat bertahan, mewujudkan monopoli dan monopoli tanpa kawalan menjejaskan kebajikan pengguna.
Persaingan juga melibatkan kos tinggi dan kos ini dipindahkan kpd penguna dengan menaikkan harga.
5.Kewujudan eksternaliti negatif
Objektif firma memaksimumkan untung dan tanggungjawab sosial kpd pengguna diabaikan.
Eksternaliti negatif seperti pencemaran air dan udara merupakan kos sosial menjejaskan kesihatan dan kebajikan masyarakat.
1.6.5:Perlunya campur tangan kerajaan
Tujuan campur tangan kerajaan:
Menyediakan barang awam
Barang awam dikeluarkan utk semua org tanpa pengecualaian dan tidak menguntungkan dan disediakan kerajaan utk menjaga kebajikan masyarakat.
Contoh barang awam: rumah api, bomba, polis, jalan raya, jambatan.
Mencapai kestabilan ekonomi
Campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi
Dasar fiskal, dasar kewangan, dasar kawalan langsung antara dasar diguna utk kawal inflasi dan pengangguran.
Merapatkan jurang agihan pendapatan
Agihan pendapatan tidak setara menyebabkan jurang besar antara golongan kaya dan miskin.
Kerajaan mengenakan cukai tinggi kepada golongan kaya (cukai progresif) dan hasil cukai tersebut diagih kpd golongan miskin dalam bentuk subsidi dan bantuan kebajikan.
Mengawal kuasa monopoli
Monopoli menyebabkan ketidakcekapan peruntukan sumber dan ketidakcekapan pengeluaran
Kerajaan campur tangan dgn kawal harga pasaran, memberi subsidi dan memiliknegarakan perniagaan tertentu
Tujuan campur tangan adalah utk mencapai kecekapan peruntukan dan pengeluaran.
Mengawal kesan luaran negatif
Aktiviti ekonomi menyebabkan kesan luaran negatif seperti pencemaran bunyi, udara, air yg menyebabkan taraf hidup masyarakat merosot
Kerajaan campur tangan dengan melaksanakan peraturan dan undang-undang bagi meningkatkan kebajikan masyarakat
Contoh: peraturan pembuangan sisa toksik kilang dan undang-undang pembersihan tumpahan minyak di laut yg mengancam pendapatan nelayan.