Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1) - Coggle Diagram
Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1)
Tahun Perlaksanaan RMK 1
(1966-1970)
Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun dan ia membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Agensi Utama RMK 1
FELDA
Ditubuhkan untuk meningkat taraf hidup masyarakat luar Bandar dan meningkatkan hasil
pertanian.
Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke penempatan baru ini dan menjadi petani moden. Tanaman tumouan ialah getahdan kelapa sawit.
Kejayaan FELDA menjadi contoh kepada Negara Dunia Ketiga.
RIDA
Matlamat RIDA membangunkan masyarakat luar bandar.
Peranan RIDA seperti memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil dan membantu
pemasaran hasil pertanian mereka, serta menggalakkan orang Melayu dalam perniagaan.
RIDA juga memajukan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
II. Matlamat dan Fokus Utama:
6.memajukan sektor perindustrian.
5.mengurangkan pengangguran.
4.mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
3.membangunkan ekonomi luar bandar.
2.meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
1.memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera
Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.
Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak serta Likas dan Kepayan di Sabah.
RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.
Kesan dan Hasil
Ekonomi dan Pembangunan
Pelaburan sektor awam hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang dirancangkan.
Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran dunia
Pendekatan pembangunan komuniti yang dikenali sebagai 'Gerakan Maju' yang dilancarkan 1966 untuk mengurangkan kadar kemiskinan
Pendekatan 'Jaya Diri' yang menggesa rakyat menyesuaikan diri dengan kehendak perubahan zaman dan meningkatkan taraf ekonomi.
Memperbaiki kredibiliti rakyat dalam taraf hidup melalui penggunaan sumber-sumber dan merebut peluang dalam penyertaan program pembangunan.
Peristiwa berdarah
RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar.
Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu
Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.