1 ) Teori Kognitif
:<3: Vygotsky, Piaget, Bruner, dan Gagne
berpendapat - setiap pembelajaran ialah melibatkan proses mental (kognitif) yang tidak dapat dilihat secara mata kasar (daripada tingkah laku
seseorang)
:<3: Menjelaskan keupayaan berfikir seseorang bukan ditentukan melalui peneguhan / dendaan, tetapi lebih kepada proses
interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan daripada sokongan persekitaran seseorang.
:<3: Setiap kanak-kanak
mempunyai keupayaan berfikir tersendiri.
:<3:Keupayaan tersebut seperti - mengurus, menyusun, menyimpan dan
mengeluarkan maklumat dalam penyelesaian sesuatu masalah dihadapi
:<3: Setiap pembelajaran yang dilalui kanak-kanak akan tersimpan dalam
ingatan/memori mereka (Ertmer & Newby, 1993)
:<3: kanak-kanak yang aktif akan merenung kembali
memori/pengalaman mereka bagi membantu dalam proses pembelajaran ( penyelesaian masalah
:<3: Proses mental manusia : 1) Ransangan 2) proses kognitif 3) Tindak balas