Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI BEHAVIORIS
Merupakan suatu jenis terapi yang berdasarkan tingkah…
TEORI BEHAVIORIS
Merupakan suatu jenis terapi yang berdasarkan tingkah laku. Teori ini bertujuan untuk mencegah tingkah laku yang tidak baik dan membantu klien menguasai kemahiran-kemahiran atau tingkah laku yang baru.
-
-
Konsep-Konsep Utama
Peneguhan
Peneguhan positif
Memberikan suatu ransangan atau ganjaran setelah sesuatu perkara itu dilakukan. Contohnya, memberi kta-kata pujian apabila seorang murid itu mendapat keputusan yang cemerlang.
Peneguhan Negatif
Ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku dilakukan. Contohnya, seorang guru yang memarahi muridnya kerana tidak menyiapkan kerja.
Hukuman
Dilakukan bertujuan untuk mengubah tingkah laku seseorang dan merupakan suatu proses untuk mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diigini. Hukuman merupakan suatu kesan negatif yang mengurangkan berlakunya tingkah laku yang negatif. Contohnya, seorang murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah akan diberi hukuman berdiri atas kerusi.
Penghapusan
Proses untuk mengurangkan kekerapan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini berlaku. Penghapusan berlaku melibatkan penahanan memberikan peneguhan positif dan negatif. Hal ini disebabkan oleh kaunselor mendapati tingkah laku klien yang bertambah semasa menerima peneguhan namun jika peneguhan dihentikan maka tingkah laku yang negatif akan berkurangan atau dihapuskan.
Generalisasi
Ransangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Kamal yang risau setiap kali ujian Matematik diadakan. Ahmad juga menajdi risau setiap kali ujian Matematik tambahan diadakan kerana kedua matapelajaran tersebut mempunyai perkaitan. Oleh itu, kerisauan dalam satu matapelajaran digeneralisasikan kepada satu matapelajaran yang lain.
Diskriminasi
Diskriminasi merupakan suatu yang berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain. Contohnya, Danish yang tidak pernah risau untuk menduduki peperiksaan bahasa melayu dan bahasa inggeris kerana kedua-dua matapelajaran tersebut berbeza dengan matapelajaran Matematik.
Pengekalan
Pengekalan ialah konsisten dalam membuat sesuatu yang diigini tanpa bantuan orang lain. Membantu meningkatkan kesedaran pada diri klien untuk bila dan bagaimana sesuatu tingkah laku berlaku.
-
Matlamat Teori
-
Mengajar klien untuk menguasai tingkah laku yang baru yang sesuai digunakan untuk menggantikan tingkah laku yang negatif