Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengenalan Ekonomi, SUMBER ADALAH TERHAD DAN KEHENDAK TIDAK TERBATAS -…
Pengenalan Ekonomi
Ekonomi merupakan satu kajian sains sosial tentang bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
Unit-unit ekonomi
-
-
Firma - unit ekonomi/organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang/perkhidmatan
-
Sumber Ekonomi
Merupakan input yang secara relatif bersifat kekurangan yang diperlukan dlm proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Terdiri daripada
Buruh - Individu yang menawarkan tenaga secara mental dan fizikal untuk menghasilkan output: Contoh Buruh Mahir, separuh mahir, tak mahir.
Modal - Barang yang dikeluarkan dan digunakan sebagai input bagi mengeluarkan barangan lain. Contoh: bangunan, mesin, jentera.
Tanah - Sumber alam semulajadi yang merangkumi sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi. Contoh hutan, galian
Usahawan - individu yang mempunyai kemahiran mengabungkan sumber-sumber ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Masalah Ekonomi
Pilihan - Masalah kekurangan menyebabkan pelaku ekonomi tidak dapat memenuhi semua kehendak yang wujud dan terpaksa membuat pilihan.
Pilihan melibatkan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.
Kos Lepas - Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana membuat pilihan ke atas / atau mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang pertama terbaik.
Contoh antara membina sekolah dengan hospital. Jika kerajaan memilih untuk membina sekolah maka kos lepas ialah membina hospital.
Kekurangan - Merupakan satu konsep yang membandingkan antara sumber ekonomi yang bersifat kekurangan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.
Masalah asas ekonomi
Apa dan Berapa - Wujud sebab sumber pengeluaran terhad tapi kehendak tidak terhad.
Terpaksa buat pilihan untuk menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan
Keluarkan barang yang perlu – kehendak – kepuasan.
Melihat jumlah permintaan supaya tidak berlaku lebihan atau kurangan.
Bergantung kepada jumlah sumber pengeluaran yg diperuntukkan.
Bagaimana - Merujuk kepada teknik pengeluaran yang paling cekap dan harga relatif yang paling rendah.
Intensif modal atau intensif buruh.
Untuk Siapa - Diselesaikan melalui corak pengagihan kekayaan/ pendapatan dan kuasa beli.
Keluarkan barang kepada golongan yg mampu membayar.
Biasanya barang mahal diminta oleh golongan berpendapatan tinggi dan sebaliknya
-
Pengkelasan jenis barang
Barang ekonomi - barangan yang penawarannya terhad dan penggunaan barangan tersebut melibatkan kos
Ciri-ciri:
Penawarannya terhad.
Mempunyai harga dan kos lepas.
Barang modal - barang yang digunakan oleh sesebuah firma bagi menghasilkan barang lain.
Ciri-ciri:
Penggunaan bukan untuk tujuan akhir tapi untuk hasilkan barang lain.
Tidak hilang bentuk asal walaupun selepas digunakan.
Berlaku susut nilai
Barang Percuma - barang yang tidak mempunyai kos lepas dan terdiri dari sumber alam
Ciri-ciri :
Penawarannya tidak terhad.
Boleh didapati secara percuma tanpa perlu mengorbankan barang lain.
Ditawarkan oleh alam semulajadi anugerah Tuhan.
Tidak mempunyai kos lepas.
Barang perantaraan - merupakan input yang digunakan bagi menghasilkan barang akhir
Ciri-ciri:
Hilang bentuk asal apabila diproses
Barang yang mesti diproses untuk dijadikan barang akhir atau barang siap
Barang pengguna/Barang akhir - Barang yang dihasilkan oleh firma untuk tujuan penggunaan
Ciri-ciri:
Boleh digunakan terus oleh pengguna tanpa melalui proses pemprosesan (barang akhir).
Dapat dikelaskan kepada barang tahan lama dan barang mudah rosak.
Barang tahan lama contohnya.- kipas angin dan dapur gas.
Barang mudah rosak contohnya - ikan, sayur – sayuran .
Barang awam - Barang yang ditawarkan kepada semua individu tanpa pengecualian.
Ciri-ciri:
Untuk kegunaan bersama.
Ditawarkan kepada orang ramai .
Pengeluaran mempunyai kos lepas
Contoh jalanraya, taman permainan, balairaya.
Barang persendirian - Barang yang dimiliki dan dikuasai oleh individu secara mutlak
Ciri-ciri:
Barang yang diperolehi dan dimiliki oleh individu/firma tertentu.
Tidak boleh dinikmati oleh individu lain tanpa kebenaran .
Tidak mempunyai sifat kegunaan bersama atau bersifat kekecualian.
-
Sistem ekonomi Kapitalis
Sistem ekonomi kapitalis - Dikenali juga sebagai sistem ekonomi Laissez – faire
Tidak terdapat sebarang campurtangan kerajaan dalam semua keputusan ekonomi.
Pengeluaran barang dan perkhidmatan ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran (Mekanisme Harga).Matlamat:
Keputusan Ekonomi
Kelemahan - Kegagalan dalam menyediakan barang awam - sebab tujuan firma untuk mendapatkan keuntungan.
Ketidakstabilan ekonomi - kerana harga ditentukan oleh mekanisme pasaran.
Ketidakadilan dalam agihan pendapatan - golongan meskin terabai kerana jurang perbezaan pendapatan yang besar antara golongan kaya dan meskin.
Mewujudkan monopoli dalam pengeluaran - persaingan menyebabkan hanya firma besar saja yang terus dapat bertahan.
Kesan luaran negatif (eksternaliti) - tujuan firma untuk memaksimumkan keuntungan menyebabkan tanggungjawab sosial diabaikan.
Sistem ekonomi Sosialis
Semua sumber pengeluaran dimiliki oleh kerajaan. Matlamat :
Motif pengeluaran adalah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan tiada motif keuntungan.Pemilikan :
- Semua sumber adalah milik kerajaan.
Tidak wujud persaingan dalam pengeluaran.
Keputusan Ekonomi
-Kerajaan akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan.
Kebaikan - Pengagihan pendapatan adalah saksama - sebab semua faktor milik kerajaan dan tiada harta persendirian.
Penggunaan sumber ekonomi yang cekap - pengeluaran barangan dikawal oleh kerajaan dan ini menjamin kecekapan penggunaan sumber.
Matlamat sosial sentiasa diutamakan – kerana kerajaan lebih fokus kepada barang awam.
Keadaan ekonomi lebih stabil - kerana ekonomi tidak dipengaruhi kesan turun naik harga sebab dikawal oleh kerajaan.
Harga dan kos rendah - sebab dasar pemilikan negara menyebabkan tiada persaingan untuk pengiklanan.
-