Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP KURIKULUM - Coggle Diagram
KONSEP KURIKULUM
-
-
KERR (2002)
Kurikulum merujuk kepada “Semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dipandu oleh sekolah sama ada dalam kumpulan atau secara individu, di dalam atau di luar sekolah.
Kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang guru & murid-murid perlu meliputi ,dalam proses pembelajaran. Ia menerangkan kaedah struktur pentadbiran & persembahan bahan pembelajaran.
Kurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa.
-
Pengertian kurikulum adalah seperangkat atau sistem rencana dan pengaturan mengenai isi dan bahan pembelajaran yang dipedomani dalam aktivitas belajar mengajar.
Secara etimologis, kurikulum berasal dari istilah curriculum dimana dalam bahasa Inggeris, kurikulum adalah rencana pelajaran.
Kurikulum Rasmi dikenali kurikulum formal atau kurikulum piawai. Penggubalan kurikulum ini biasanya dipimpin oleh para sarjana atau pakar kurikulum di Kementerian Pendidikan.
Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertanggungjawab menggubal dan membentuk kurikulum rasmi untuk sekolah menengah dan sekolah rendah, misalnya KBSR dan KBSM.
Kurikulum rasmi ini menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan panduan penilaian dalam setiap peringkat sekolah.
Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai.
Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas.
Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ”tak rasmi” atau ”tak formal”. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit.