Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP KURIKULUM - Coggle Diagram
KONSEP KURIKULUM
-
Kurikulum
Menurut Kerr (2002), kurikulum adalah sebagai "semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dipandu oleh sekolah sama ada dalam kumpulan atau secara individu, di dalam atau di luar sekolah."
Seperangkat atau sistem rencana dan pengaturan mengenai isi dan bahan pembelajaran yang dipedomani dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut tafsiran spesifik, kurikulum adalah aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam dan luar bilik darjah.
-
Jenis Kurikulum
Kurikulum Formal
- Dikenali sebagai kurikulum rasmi @ piawai
- Dipimpin oleh para sarjana atau pakar kurikulum di Kementerian Pendidikan.
- Menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan panduan penilaian dalam setiap peringkat sekolah
- Aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan di sekolah tercapai
- Setiap sekolah ada kurikulum terancang = satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan.
- Kurikulum akademik dilaksana melalui kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi
- Mempunyai isi P&P, penilaian dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum
Kurikulum Tersembunyi
- Sesuatu yang tidak terancang @ tidak formal
- Dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi.
- Perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit
- Terdiri daripada peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya.
- Dibentuk oleh faktor status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.
- Tersembunyi meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal