Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP KURIKULUM - Coggle Diagram
KONSEP KURIKULUM
-
TAFSIRAN KURIKULUM
Kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang guru & murid-murid perlu meliputi ,dalam proses pembelajaran. Ia menerangkan kaedah struktur pentadbiran & persembahan bahan pembelajaran.
Kurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa.
-
-
JENIS KURIKULUM
Kurikulum Formal
Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan.
Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai.
Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas.
Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai.
-
Ada isi pengajaran dan pembelajaran, penilaian dalam bilik darjah dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
Kurikulum rasmi atau kurikulum formal ini menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan panduan penilaian dalam setiap peringkat sekolah.
Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertanggungjawab menggubal dan membentuk kurikulum rasmi untuk sekolah menengah dan sekolah rendah, misalnya KBSR dan KBSM.
Kurikulum Tersembunyi
-
Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit.
Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ”tak rasmi” atau ”tak formal”.
Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya.
Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.
Nilai-nilai murni melalui pelbagai mata pelajaran, peraturan sekolah dan aktiviti- aktiviti sekolah
Tersembunyi meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal contoh melalui peniruan tingkah laku guru.