Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN - Coggle Diagram
KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN
PENDAPAT TOKOH
John Dewey (1902)
Dalam bukunya
The Child and The Curriculum
merujuk istilah kurikulum sebagai pengajian di sekolah dengan mengambil kira kandungan daripada masa lampau hingga masa ini. Pembentukan kurikulum menekankan kepentingan dan keperluan masyarakat. Selanjutnya beliau menghuraikan konsep ini dalam bukunya
Democracy and Education
(1916). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti dan haruslah membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik daripada masa lampau. Elemen rekonstruksionisme sosial dapat dikesan dengan melihat arah keperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif utama tanpa menafikan kepentingan individu.
Valiga, T. dan Magel, C (2001)
Mendefinisikan kurikulum sebagai urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak. Kurikulum sekolah ialah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan memberikan kesan pendidikan kepada murid di sekolah.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)
Dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan bertujuan mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu, boleh dikatakan kurikulum mengandungi dua aspek, iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform.
Hirst ( 1975)
Mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti-aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid tersebut mencapai objektif yang telah ditentukan. Jadi tafsiran umum untuk kurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa. Tafsiran spesifik kurikulum pula merupakan pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Pengertian kurikulum ini juga merujuk kepada bidang-bidang mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Ishak Ramly (2003)
Menyatakan kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan di dalam bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian, iaitu:
(i) Kurikulum sebagai program yang telah dirancang dan dilaksanakan di sekolah.
(ii) Kurikulum sebagai program yang telah dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas.
(iii) Kurikulum ialah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.
JENIS KURIKULUM
UMUM
Kurikulum tertulis- terdapat dalam dokumen negeri atau tempatan
Kurikulum yang diajar- kurikulum yang guru menjalankan atau sampaikan dan yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti terancang yang dilakukan dalam bilik darjah
Kurikulum yang disokong- mempunyai kemudahan dan bahan yang secukupnya untuk membantu guru implimentasi kurikulum untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya
Kurikulum yg dinilai- kurikulum yg diuji dan dinilai, iaitu guru menggunakan ujian kertas-pensil, peperiksaan amali dan/atau portfolio
Kurikulum yg dipelajari- kurikulum yg dipelajari oleh murid yg hasil pembelajarannya diuji dalam ujian
Kurikulum tersembunyi- kurikulum yg tidak dirancang tetapi modifikasi tingkah laku dan mempengaruhi hasil pembelajaran
KURIKULUM RASMI
-Tujuan: Sebagai panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan pelajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta sebagai panduan penilaian dalam setiap peringkat persekolahan kebangsaan
-Dibuat oleh pakar-pakar kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia. Dua contoh kurikulum rasmi di Malaysia ialah KSSR & KBSM
Kedua-dua kurikulum rasmi ini mengandungi aspek yang berikut:
1) Ilmu Pengetahuan dan kemahiran
2) Nilai-nilai norma
3) Unsur-unsur kebudayaan & kepercayaan masyarakat Malaysia
-Dikenali sebagai Kurikulum yang tersurat atau Kurikulum piawai
-Boleh dilihat, tersedia, terancang dan berurutan
-Panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran
-Panduan penilaian dalam setiap peringkat persekolahan kebangsaan
Penekanan utama dalam kurikulum pendidikan di Malaysia
Kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira
Aspek yang terkandung dalam 3M:
Kemahiran pertuturan, pendengaran, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik (tambah, tolak, darab,bahagi)