Menurut Ibn Kathir (1999: 76) riwayat ini bertentangan dengan dalil al-Quran, sunnah dan akal manakala, segi syara’, riwayat ini bertentangan dengan hadith sabda Rasulullah SAW tentang ketinggian manusia yang bermula dari penciptaan Adam a.s. setinggi 60 kaki dan semakin berkurang sehingga sekarang bahkan, riwayat ini juga bertentangan dengan dalil al-Quran yang menyatakan bahawa tidak ada yang terselamat dari banjir tersebut melainkan orang-orang yang menaiki bahtera Nabi Nuh a.s. iaitu orang-orang yang beriman. Secara jelas, kisah ini bertentangan akal sekiranya difikirkan secara waras akal, anak Nabi Nuh a.s. yang tidak beriman juga tidak dapat diselamatkan inikan pula Uq bin Unuq ialah seorang kafir bahkan anak zina (Husayn al-Dhahabi t.th: 111).