Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGENALAN, PUNCA MASALAH ASAS EKONOMI, MASALAH ASAS EKONOMI, KELUK…
PENGENALAN
DEFINISI ILMU EKONOMI
ialah sains sosial yang mengkaji
bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi
kehendak yang tidak terhad
PERBEZAAN ANTARA MIKROEKONOMI DAN MAKROEKONOMI
MIKROEKONOMI
*Mikroekonomi meliputi bahagian-bahagian kecil daripada keseluruhan kegiatan ekonomi.
*Ianya juga menganalisis kegiatan seorang pengguna, suatu firma atau suatu pasaran.
*Sebahagian besar daripada perbincangan mikroekonomi mengenai teori harga memberi fokus kepada pasaran output.
*Kajian tentang hukum permintaan, faktor yang mempengaruhi permintaan dan keanjalan permintaan yang berkaitan dengan pengguna.
*Permintaan (DD) dan penawaran (SS) sesuatu baarang dipengaruhi oleh struktur pasaran.
SUMBER EKONOMI (FAKTOR PENGELUARAN)
TANAH
BURUH
MODAL
USAHAWAN
MAKROEKONOMI
Analisis yang lebih global atau lebih menyeluruh.
Fokus kepada pencapaian tingkat kegiatan ekonomi sesebuah negara dan teori penentuan pendapatan negara secara agregat dan menyeluruh.
*Skop kajian:
a) Pendapatan Negara
b) Kadar inflasi
c) Kadar pengangguran
d) Kadar pertumbuhan ekonomi
e) Imbangan
f) Pembayaran
KEHENDAK MANUSIA
adalah tidak terhad berbanding sumber ekonomi yang terhad
**DEFINISI BARANG DAN PERKHIDMATAN**
Mempunyai sifat fizikal dan dapat dilihat dengan mata kasar.
Perkhidmatan merupakan keluaran bukan barang
PUNCA MASALAH ASAS EKONOMI
KOS LEPAS
Merujuk barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.
Wujud dalam kegiatan penggunaan disebabkan oleh peruntukan perbelanjaan pengguna yang terhad.
PILIHAN
Masalah pilihan adalah teras permasalahan ekonomi dan berlaku dalam ketiga-tiga kegiatan asas ekonomi
( Penggunaan, pengeluaran dan pengagihan)
KEKURANGAN
Manusia kekurangan wang untuk memperolehi semua barang dan perkhidmatan
Semakin terhad sesuatu barang, semakin tinggi nilai ekonominya
MASALAH ASAS EKONOMI
APA DAN BERAPA HENDAK DIKELUARKAN
APA jenis barang yang hendak dikeluarkan dalam ekonomi
bergantung kepada permintaan dan penawaran
BERAPA kuantiti barang yang hendak dikeluarkan dalam ekonomi
BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
Merujuk kepada teknik atau kaedah pengeluaran:
a) Teknik berintensif buruh
b) Teknik berintensif modal
Ekonomi harus bijak menggabungkan sumber ekonomi menghasilkan barang dan perkhidmatan supaya tidak berlaku pembaziran..
UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
Pengagihan barang dan perkhidmatan kepada pelbagai golongan masyarakat dalam ekonomi.
Bergantung kepda corak agihan pendapatan
KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
DEFINISI
Batas maksimum dua jenis barang yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan semua faktor pengeluaran (FP) yang ada pada tingkat teknologi tertentu.
KKP menunjukkan tahap kecekapan sesebuah firma
ANDAIAN ANALISIS KKP
Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
Ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh sekiranya:
a) Faktor pengeluaran tetap dari segi kuantiti dan kualiti.
b) Tingkat teknologi tetap dan tidak berkembang
c) Proses pengeluaran berlaku dalam jangka pendek