Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
T2 Cerpen: Banjir di Mata Emak, Sinoposis, Watak dan Perwatakan, Mak Piah,…
-
Sinoposis
Watak "saya" hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana" kerana menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Malangnya, abang Nana yang tinggal berdekatan tidak menjenguk Mak Piah langsung dan tidak menghiraukan keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut.
"Saya" mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab panggilan "saya". Mak Piah meminta "saya" yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada "saya" agar menjaga anak dan suaminya baik-baik.
Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Sudah empat hari empat malam hujan turun. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tapi tiada jawapan. "Saya" bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Mak Piah seorang sahaja yang tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. 'Saya" membuat andaian bahawa mungkin Mak Piah sedang menunggu kedatangan anak lelakinya. Namun begitu, menurut Mak Piah, anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Apatah lagi, pulang untuk menjenguk ibunya itu.
"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. "Saya" merindui ibunya. "Saya" memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanana. Mak Piah menyambut kedatangan "saya" dengan gembira
Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Daripada Mak Piah, "saya" mendapat tahu bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya. "Saya" bertanyakan sebab Mak Piah tidak berpindah ke pusatpemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa banjir dahulu dia berpindah juga ke pusat pemindahan tetapi dia berasa susah. Hal ini berlaku demikian kerana dia kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk "saya" lantas mengucapkan terima kasih.
"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh "saya" menghantar makanan tersebut. "Saya" mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong. Selepas makan, "saya" menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang dibawanya ke dalam peti sejuk.
"Saya" minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan salam kepada anak perempuannya, Nana.
"Saya" demam panas selama lima hari. Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. "Saya" berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Rupa-rupanya Mak Piah telah meninggal dunia. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnyaselepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirim makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya karana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana amat menyesal.
-
Mak Piah
-
-
-
-
Mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
-
-
-
Unsur Gaya Bahasa.
Personifikasi. Contohnya, banjir kali ini bimbangkan bil telefon "anak" ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar Kami?
Repetisi. Contohnya, Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!
Sinkope. Contohnya, Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah.
Bahasa Arab. Contohnya, Ya Allah; zuhur; assalamulaikum; alhamdulilah; insya-Allah
Metafora. Contohnya, lembah kepiluan; bungkusan takdir; lautan fikir.
Simile. Contohnya, Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon "anak" ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami?
Peribahasa. Contohnya, isi hati.
-
Pengajaran
-
Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.
-
-
-
Nilai
-
Simpati.
"saya" berasa simpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan Mak Piah yang terlalu merindui anak-anaknya.
Baik hati.
"saya" membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan akibat kejadian banjir.
Kasih sayang
Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya.
-
-