Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH PENGAKAP
DI MALAYSIA, LORD BADEN-POWELL image - Coggle Diagram
-
LORD BADEN-POWELL
Lahir : 22 Februari 1857 di Paddington, London (United Kingdom).
Pengasas Pergerakan Pengakap Dunia, Ketua Pengakap Sedunia
-
Ayahnya Reverend HG B.Powell ialah profesor di University Oxford, England.
-
Ayahnya meninggal dunia semasa B-P berumur 3 tahun, B-P dididik oleh ibunya.
Masa kecil, B-P suka melakukan aktiviti di luar rumah serta alam semulajadi.
-
B-P mula berkhidmat dalam pasukan tentera British, berpangkat Leftenan Muda pada 20 Februari 1876.
Pergolakan di India dan Afrika membuatkan dia terfikir untuk membina kegiatan luar dan kemahiran memerhati.
Pengakap bermula sebagai satu kesedaran awal semulajadi dari awal zaman kanak-kanak sehingga kerjaya B-P dalam tentera.
Selepas perang Boer, B-P menjadi Ketua Pasukan Polis Afrika Selatan.
Beliau mereka cipta pakaian seragam (baju, seluar pendek, skaf, dan topi bertepi lebar) yang mempengaruhi pakaian seragam Pengakap .
-
Pada tahun 1899, semasa berkhidmat di Mafeking (Afrika), B-P menggunakan khidmat budak-budak sebagai penyampai berita dan pesanan semasa Mafeking diserang.
Khidmat budak-budak serta kebolehan mereka itu, meninggalkan kesan yang mendalam kepada B-P.
Apabila pulang ke England pada tahun 1907, B-P menganjurkan satu perkhemahan percubaan pada 1 hingga 8 Ogos 1907 di Pulau Brownsea yang disertai oleh 20 budak-budak lelaki daripada pelbagai latar belakang.
Hasil dan pengalaman daripada perkhemahan itu, pada tahun 1908, B-P mengarang buku “Scouting for Boys”.
B-P dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia (Chief Scout of the World) semasa Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia.
-
-
Cadangan dan pengalaman B-P yang dimuatkan di dalam buku itu, dimanfaatkan oleh ramai anak muda yang memberi peluang kepada mereka untuk menyertai pelbagai kegiatan dalam memajukan diri sendiri.
1937, semasa berumur 80 tahun, B-P berpindah ke Kenya (Afrika) bersama isterinya Lady Baden-Powell (yang juga terlibat dalam membantu mengembangkan kegiatan Pengakap).
B-P juga telah melawat banyak negara untuk melihat sendiri perkembangan Pengakap di negara itu. Salah satu negara itu ialah Malaysia (Malaya pada masa itu).
Tuhan memimpin dan membantumu di dalam kerja-kerjamu. Berpengakap satu permainan bagi kanak-kanak, tetapi satu tanggungjawab kepada orang dewasa....... (Kata B-P)
-