Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tahap perkembanagan kanak-kanak - Coggle Diagram
Tahap perkembanagan kanak-kanak
Teori Arnold Gesell
2 - 3 tahun (mengajar cara makan)
Pada usia kanak-kanak ini, mereka telah mempunyai kemampuan untuk memegang sudu. Maka, pada peringkat ini, ibu bapa boleh mengajar bayi cara pegang sudu. Ibu bapa menyediakan makanan yang lembut di dalam bekas. Selain daripada itu, ia juga adalah satu aktiviti membantu bayi berkembang motor halus.
3 – 4 tahun (menunggang basikal beroda tiga)
Pada peringkat ini, ibu bapa boleh mengajar anak mengimbangi badan di atas basikal. Ibu bapa boleh menggunakan basikal beroda tiga supaya anak mereka tidak menghadapi cedera. Semasa anak sedang menunggang basikal, pengawasan ibu bapa adalah amat penting. Aktiviti ini boleh membantu kanak-kanak pergerakan motor kasar dan motor halus.
1 – 2 tahun (jalan latih)
Ibu bapa mereka boleh membawa anak-anak mereka ke kawasan taman permainan atau kawasan yang lebih luas. Seterunya, ibu bapa boleh menggunakan “baby walker” untuk melatih kanak-kanak mereka berjalan. Justeru, ibu bapa juga digalakkan memberi dorongan kepada anak-anak mereka walaupun mereka telah gagal menjalan dengan baik atau stabil. Dorongan yang diberikan kepada kanak-kanak akan menubuhkan keyakinan kanak-kanak.
4 – 5 tahun (bermain di taman permainan)
Ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke taman permainan dan biarkan kanak-kanak bermain di taman bersama rakan-rakan dan semasa mereka bermain di taman permainan, maka mereka boleh bergaul dan bersosial bersama kawan-kawannya atau kanak-kanak yang lain. Itu juga merupakan satu cara untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak.
0 – 1 tahun (penerokaan permainan)
Letakkan bayi di ruang yang cukup luas dan bersih bagi mereka melaksanakan aktiviti. Ibu bapa boleh memberi permainan yang berbunyi dan berwarna-warni bagi menarik perhatian bayi. Ibu bapa juga digalakkan memberi dorongan kepada bayi untuk melakukan aktiviti.
Teori Robert Havighurst
Akhir remaja (18 – 22 tahun)
Remaja akan berusaha untuk mendapat autonomi daripada ibu bapa. Mereka akan cuba membentuk identiti mengikut jantina. Selain itu, melalui pergaulan sosial remaja akan menerap atau mematuhi nilai moral. Mereka juga menghadapi masalah untuk memilih kerjayanya.
Awal dewasa (22 – 34 tahun)
Banyak dewasa akan menubuhkan keluarga sendiri. Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak. Di samping itu, mereka juga cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina. Mereka juga berusaha memantapkan diri dalam pekerjaan dan membentuk gaya hidup.
Peringkat awal remaja dan remaja (12 – 18 tahun)
Pada umur ini, bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk semakin mantap.
Pertengahan dewasa (34 – 60 tahun)
Pada peringkat ini, mereka mula menyempurnakan impian individu, iaitu beli rumah, harta dan perniagaan sendiri untuk memupuk kebahagiaan dalam rumah tangga. Pada masa ini, dewasa juga akan mahir dalam pekerjayaan sendiri dan melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan masyarakat.
. Peringkat kanak-kanak (6 – 12 tahun)
Pada tahun ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran menulis, membaca dan mengira, mula berkawan dan berkomunikasi dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.
Akhir dewasa ( 60 – 75 tahun)
Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati. Selepas itu, mereka juga mengubah tenaga ke arah lain selepas bersara daripada pekerjaan. Mereka yang berjaya akan berpuas hati dan bersyukur atas takdir Tuhan
Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0-6 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula bercakap, berinteraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain, belajar makan makanan pepejal, membuang najis dan boleh membezakan betul dan salah.
Tua (75 hingga meninggal dunia)
Sebenarnya, umur ini kebanyakan akan menghadapi masalah kesihatan. Mereka akan berasa tenang menanti saat untuk meninggal dunia sebab mereka telah berjaya memyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.