Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KURIKULUM PTV DI MALAYSIA - Coggle Diagram
KURIKULUM PTV DI MALAYSIA
KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Kurikulum pendidikan di Malaysia mengalami proses transformasi yang diperkukuh dan ditambah baik serta dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang mula dilaksanakan pada tahun 2011.
Kurikulum ini memberi penekanan daripada knowledge based curriculum kepada standard based curriculum.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II pula dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun 4 dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Aliran Perkembangan
KBSR semakan-2003
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)-2011
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)-1993
KSSR semakan-2017
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)-1983
KURIKULUM STANDARD RBT
Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal,Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan Elemen Merentas Kurikulum seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini
Kurikulum ini juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerja- buat-sendiri/ do-it-yourself (DIY), peka terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6.
PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA
Murid belajar menggunakan teknologi terkini dan peka kepada kesan perubahan teknologi.
Murid juga berfikiran kreatif dengan mengambil bahagian dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyelesaikan masalah sebagai individu serta ahli dalam masyarakat.
Murid membangunkan rangkaian kemahiran yang seiring dengan industri moden.
RBT memberi peluang kepada murid menggabungjalinkan kemahiran mereka bentuk dan teknologi dengan berfikir secara kreatif.
Murid menyediakan mereka ke arah pencipta produk dan pencetus idea baharu dalam Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).
Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6.
KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkukuh dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dicadangkan pelaksanaannya secara berperingkat.
Aliran Perkembangan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)-1989
KBSM semakan-2003
Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM-2017