Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI ALAT PENTAKSIRAN - Coggle Diagram
CIRI-CIRI ALAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran Sumatif
aktiviti atau tugasan yang digunakan untuk mendapatkan evidens dan prestasi pembelajaran murid di akhir sesuatu tempoh pembelajaran.
bertujuan untuk memberikan penggredan atau pensijilan bagi menentukan kejayaan sesuatu program atau penambahbaikan pada kurikulum.
dijalankan pada penghujung fasa pengajaran dan pembelajaran seperti di akhir semester atau tahun.
ujian kertas dan pensel, ujian lisan atau amali yang ditadbirkan kepada sekumpulan murid.
Pentaksiran Formatif
proses pembelajaran yang membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan evidens pembelajaran
bertujuan untuk penambahbaikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa atau masa hadapan.
bertujuan untuk menilai perkembangan atau tahap penguasaan sesuatu unit atau topik pembelajaran.
dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
ujian kertas dan pensel, pemerhatian, kuiz, latihan, sesi amali dan lain-lain kaedah yang relevan yang ditadbirkan kepada sekumpulan murid atau individu.
Pentaksiran Autentik
merujuk penilaian yang dilakukan berdasarkan pencapaian sebenar yang dipamerkan oleh murid di dalam bilik darjah.
merangkumi penilaian dari pelbagai aspek seperti pengetahuan murid, pemahaman murid, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran sosial, kepekaan terhadap persekitaran, serta simulasi kepada situasi kehidupan sebenar.
PRINSIP ASAS
Murid diminta untuk mengemukakan jawapan.
Menggalakkan pemikiran aras tinggi.
Pendekatan secara langsung untuk menilai projek dan proses
mencipta produk akhir.
Seiring dengan pengajaran di dalam bilik darjah.
Kerja murid yang telah dikumpulkan dari semasa ke semasa.
Berdasarkan kriteria yang jelas dan diberikan kepada murid.
Membenarkan pelbagai interpretasi, tafsiran dan tanggapan.
Murid belajar untuk menilai hasil kerja sendiri.
Relevan dengan kehidupan sebenar murid
Kompleks
Memberikan peluang berkolaboratif
Memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi
Memberikan peluang kepada murid untuk menyelesaikan dari pelbagai perspektif
Merentas pelbagai bidang mata pelajaran
Mencabar pemikiran murid dan menghasilkan pelbagai outcome.
Ujian Rujukan Kriteria
menggunakan kriteria yang ditetapkan bagi pencapaian sesuatu kemahiran untuk mentaksir prestasi murid.
BERTUJUAN
Membuat perbandingan prestasi murid dengan beberapa kriteria.
Menentukan sama ada murid telah menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran.
Menambah baik dan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Jenis item atau soalan lazimnya mempunyai tahap kesukaran yang hampir sama berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Pelaporan tidak diberikan gred atau markah.
Aspek kandungan yang spesifik (contoh: skop yang kecil dalam sesuatu topik).
Ujian Rujukan Norma
proses pentaksiran yang bertujuan menentukan kedudukan dan membezakan murid berbanding dengan prestasi murid lain berdasarkan statistik lengkung normal.
BERTUJUAN
Membuat perbandingan prestasi seseorang murid dengan murid yang lain pada peringkat atau tahun yang sama.
Membuat pemilihan murid untuk pensijilan dan sebagainya.
Jenis item atau soalan dibina daripada peringkat mudah kepada sukar.
Pelaporan gred atau markah diberikan.
Mencakupi kandungan yang luas (contoh: semua topik dalam mata pelajaran).