Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Isu Tingkah Laku Bermasalah Murid yang berlaku - Coggle Diagram
Isu Tingkah Laku Bermasalah Murid yang berlaku
Tingkah laku disruptif
Tingkah laku disruptif merupakan salah satu tingkah laku negatif yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku disruptif
ini juga akan mengganggu tumpuan rakan sebaya atau rakan sekelas yang ingin belajar. Hal ini demikian kerana tingkah laku disruptif merupakan suatu perlakuan yang sukar dibendung semasa proses pengajaran berlangsung.
Ridzuan Kamis (2016)
menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah laku distruptif akan sentiasa mengganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, malah turut melakukannya di luar bilik darjah sama ada terhadap adik-beradik atau rakan sebaya yang lain.
**
Contohnya:
Murid-murid membuat bising dan melakukan pergerakan agresif secara berfizikal seperti tolak-menolak di dalam kelas
Murid kurang memberikan perhatian ketika sesi P&P dan bersikap endah atau tidak kesah dengan arahan guru. Mereka sentiasa bercakap walaupun guru sedang mengajar
Tingkah Laku Distruktif
Tingkah laku yang membahayakan diri sendiri,sekolah dan masyarakat.
Sikap agresif
mereka sering ditunjukkan dalam bentuk
tingkah laku merosakkan
sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal secara tumbuk-menumbuk.
Tingkah laku merosakkan
ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik
Contoh:
murid-murid merosakkan harta benda sekolah iaitu kerusi dan meja seperti menconteng pada meja.
Ciri-ciri murid yang mempunyai tingkah laku distruktif:
suka merosakkan harta benda awam(vandalisme)
terlibat dengan perbuatan memukul
3.menggigit dan memecahkan barang murid lain
Tingkah laku pintar cerdas
Mereka cepat mencapai pemahaman terhadap konsep- konsep yang di sampaikan. Ini menyebabkan mereka akan merasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaran guru adalah lambat dan tidak menarik
Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai daya reka cipta yang tinggi.
Contoh:
murid kurang menumpukan perhatian dalam kelas dan kebosanan ini menyebabkan mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas seperti bercakap dengan murid lain dan membuat kerja mereka.
Pengasingan diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.
Contoh:
Murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kelas.
Mereka mungkin mempunyai sebab tertentu sepertimempunyai masalah peribadi atau dalaman atau kurang fasih untuk berhubung.