Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepelbagaian Sistem Pendidikan Islam :crescent_moon: - Coggle Diagram
Kepelbagaian Sistem Pendidikan Islam
:crescent_moon:
Link :
Kepelbagaian budaya dalam pengajian & pembelajaran pendidikan Islam : Teori & Amalan
Pendahuluan :
Perbezaan warna kulit, bangsa, rupa paras, agama & kepercayaan merupakan salah satu daripada kekuasaan & kebijaksanaan Allah SWT (ar-Rum,30:22)
Dari aspek pendidikan Islam, peranan, kebijaksanaan & penampilan guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran sangat penting kerana guru Pendidikan Islam bukan sekadar sebagai pendidik, pengajar tetapi sebagai da'i (pendakwah).
Konsep :
Guru2 Pendidikan Islam perlu memiliki kompetensi dalam pengajaran bilik darjah yang mempunyai pelbagai budaya
Kemahiran dalam amalan pengajaran yang bercirikan kepelbagaian
Kesedaran & sensitiviti murid yang kompleks
Dari sudut agama, budaya, etnik, bahasa, status ekonomi & latar belakang
Kebijaksanaan guru mengelola/mengawal situasi belajar & menyediakan aktiviti yang boleh memupuk penghayatan nilai2 perpaduan dapat mewujudkan persefahaman, mengurangkan polarisasi & mengubah persepsi murid tentang hubungan kaum terutama pada era globalisasi ini.
Aspek pengjaran Pendidikan Islam perlu menekankan aspek pendidikan merentas kurikulum dengan memberikan tumpuan dalam aspek pelbagai budaya sama ada secara langsung atau tidak langsung
Guru perlu bijak dalam memberi pendidikan secara adil (ekuiti) kepada pelajar
Isu :
Kekangan Masa
Kesibukan mengejar sukatan pembelajaran
Disebabkan kekangan masa, guru tidak mampu untuk memberikan contoh yang banyak tentang pelbagai budaya cuma menyelitkan sedikit dalam pengajaran beliau
Kekangan Guru
Penyelidik mendapati masih ada dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam yang masih tidak bersedia di dalam penempatan mereka di sekolah tersebut
Guru tidak bermotivasi untuk belajar kaedah dan teknik pengajaran berkesan dalam merealisasikan pengajaran pendidikan pelbagai budaya ini dalam pengajaran mereka
Kurang Membaca
Guru tidak mempunyai masa untuk membaca bahan atau buku yang berkaitan dengan pelbagai budaya
Kurangnya pembacaan oleh guru menyebabkan guru tidak sedar bahawa wujudkan konsep kepelbagaian budaya dalam sekolah
Kepentingan :
Guru Pendidikan Islam perlu menggunakan pendekatan secara berhikmah agar nilai-nilai budaya dan tradisi masyarakat yang banyak berpaksikan kepada adat dan kepercayaan mereka bertukar kepada amalan berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah
Guru perlu memiliki kemahiran dalam memberikan penjelasan kepada murid yang mana budaya yang boleh diamalkan dan budaya yang tidak boleh diamalkan serta memberikan penjelasan(mengapa)
Kesimpulan :
Disiplin dan profesionalisme perlu ditingkatkan terutamanya dalam amalan pengajaran harian. kemahiran guru dalam menggunakan strategi, pendekatan, kaedah pengajaran yang berkesan dan teknik yang sesuai dapat membantu guru dalam menerapkan elemen penting kepada pelajar dari pelbagai budaya