Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model Akibat Logikal Dreikurs - Coggle Diagram
Model Akibat Logikal Dreikurs
Konsep
Berasaskan empat premis asas Teori Adler
Manusia ialah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu kelompok.
Kesemua tingkah laku adalah mempunyai sebab tertentu
Manusia adalah organisme yang mempunyai keupayaan untuk membuat sesuatu keputusan
Manusia mempersepsikan realiti.
Fokus utama: susana pembelajaran yang bersifat demokratik dapat diwujudkan.
Guru membimbing murid-murid mengenali dan memahami preaturan yang ditetapkan di dalam bilik darjah
punca murid-murid melakukan kesalahan tingkah laku perlu dikenali oleh guru
Murid-murid berlatih mengawal diri terhadap pengurusan bilik darjah
Motif utama salah laku
inginkan perhatian
Sesetengah murid akan cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang boleh mengundang kemarahan guru. (Hamzah dan Samuel, J.N., 2009)
Contoh: Ali mengetuk meja dengan sengaja.
Tindakan guru: menjalankan aktiviti yang dapat mengalihkan tumpuan Ali dan murid-murid lain.
Mencabar kuasa
Apabila murid mencabar kewibawaan guru, guru haruslah mengelakkan diri bertindak mengikut emosi sendiri.
Contoh: Marry enggan menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tindakan guru: bercuba mengekalkan suasana pembelajaran yang positif, bertenang dan memanggil Marry secara individu untuk mengkaji punca kelakuan terssebut.
Membalas dendam
Murid berasa guru tidak bersifat adil sehingga menunjukkan rasa tidak puas hati semasa di dalam bilik darjah.
Contoh: Aiman selalu menyembunyikan buku teks kawan kerana selalu disisih oleh guru sebab dia tidak mahir dalam subjek Sains.
Tindakan guru: bercuba bertindak dengan bertenang seperti memberikan perhatian dan dorongan kepada Aiman untuk meningkatkan motivasi dia.
Menunjukkan kekurangan
Setelah gagal mendapatkan pengiktirafan, murid akan bertindak mengasingkan diri serta enggan berinteraksi dengan guru.
Contoh: Mei Ling selalu mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan kawan sekelas.
Tindakan guru: bercuba mengubah kaedah pengajaran serta memberikan peluang kepada Mei Ling untuk menunjukkan kekuatan diri.
Langkah-langkah untuk menangani motif yang salah
mengenal pasti motif murid tertentu
membantu murid mengenali dan memahami motif sendiri yang telah ditunjukkan
memberikan dorongan dan bantuan kepada murid untuk menetapkan matlamat baharu
membimbing murid-murid mengenali kesan serta akibat terhadap tingkah laku tertentu
membimbing murid-murid bertindak berdasarkan matlmat baharu
Kekuatan dan Kelemahan
Kekuatan
memupuk autonomi dalam murid-murid
persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan
Kelemahan
guru permulaan akan berasa susah untuk memahami motif setiap salah laku yang dilakukan oleh murid-murid.
sukar mengenal pasti akibat secara logikal dengan setimpal terhadap sesuatu salah laku murid tertentu.