Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model Disiplin Asertif Canter - Coggle Diagram
Model Disiplin Asertif Canter
Konsep
Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran pembelajaran yang bertujuan untuk membantu murid-murid memilih dan mendapat manfaat daripada tingkah laku yang sesuai
Murid-murid adalah berhak untuk belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif.
Ganjaran dan hukuman diberikan kepada murid-murid kerana guru telah menetapkan peraturan di dalam bilik darjah.
Guru adalah berkuasa dan mempunyai hak untuk mengajar murid-murid tanpa gangguan dan menunjukkan profesional semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
memberi penekanan kepada peraturan yang ditetapkan dan memastikan peraturan tertentu dipatuhi oleh murid-murid dengan baik serta tegas.
Jenis ganjaran
Pengukuh grafik
bintang
pelekat
Pengukuh aktiviti
masa rehat
Mainan khas
Pengurusan fizikal
sijil
hadiah
Pengukuh sosial
Kata-kata pujian
senyuman
Hak asasi murid
belajar di dalam persekitaran pembelajaran yang optimum.
dibimbing untuk melakukan tindakan yang wajar dan mengelakkan tingkah laku yang tidak wajar
berhak untuk memahami konsekuen bagi tingkah laku yang baik dan jahat
berhak untuk memilik tingkah laku yang wajar dan tidak wajar
Tanggungjawab Guru
mengekalkan suasana pembelajaran yang optimum bagi kedua-dua pihak
mendapat sokongan daripada pihak pentadbir dan ibu bapa
satu pelan disiplin disediakan dengan jangkaan dinyatakan dengan jelas bagi menyokong hak murid-murid
Konsekuen diaplikasikan secara konsisten di dalam bilik darjah
memberikan pertimbangan kepada murid-murid dari semasa ke semasa
Kekuatan dan Kelemahan
Kekuatan
memberikan manfaat kepada guru, terutamanya guru permulaan kerana pelan disiplin telah dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbir.
merupakan satu tindakan terhadap tingkah laku murid dan bukan terhadap wataknya
Kelemahan
tidak dapat menilai keberkesanan sesuatu program disiplin melalui tindakan guru yang berjaya mencegah murid melakukan tindakan yang tidak wajar
persekitaran yang bersifat authoritarian diwujudkan dan murid hanya betindak untuk memenuhi kehendak guru
Jenis Guru
Guru yang asertif
Guru yang bersifat yakin serta menyatakan arahan dan jangkaan dengan konsisten.
membina hubungan saling mempercayai dengan murid.
Perasaan guru boleh dirasai oleh murid sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tertentu..
guru yang tidak asertif
Pendekatan yang pasif digunakan untuk mengajar murid-murid.
Guru tidak konsisten dalam menangani masalah murid-murid dan menyebabkan meraka gagal menunjukkan tingkah laku yang sesuai
Tindakan yang tidak konsisten akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru.
Kesan: Aktiviti PdP gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.
Guru yang agresif
guru yang bersifat garang dan tidak mesra terhadap murid-murid.
murid-murid mesti mengikut arahan guru tanpa batasan
menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur dengan murid-murid
guru selalu menunjukkan ekspresi muka yang serius dan tegas kepada murid-murid.